KUALA LUMPUR: Perlawanan akhir perseorangan lelaki Badminton Terbuka Malaysia 2022 akan memperlihatkan pertembungan dua pemain terbaik dunia, Viktor Axelsen dari Denmark dan Kento Momota (Jepun) di Arena Axiata pada Ahad.
Axelsen selaku pemain nombor satu dunia dan pemenang pingat emas Olimpik Tokyo 2020 mahu menamatkan penguasaan pemain Asia selama 15 tahun dalam kejohanan itu, dan memenangi gelaran ketiga Jelajah Dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF), selepas memenangi Terbuka Indonesia dan Masters baru-baru ini.
Momota pula yang masih mendapatkan semula prestasi terbaiknya selepas terlibat kemalangan di Maju Expressway yang menyebabkan pemandu van dinaiki terbunuh, hanya beberapa jam selepas memenangi gelaran Master Malaysia 2020 dengan mengalahkan Axelsen 24-22, 21-11 di venue yang sama.
Sejak kemalangan itu, Momota hanya memenangi gelaran Masters Indonesia 2021 pada November, dan prestasi paling buruk apabila terkeluar pada peringkat kumpulan di Olimpik di negaranya sendiri, pada Julai.
Pada perlawanan separuh akhir malam ini, Momota mengambil masa 42 minit untuk mengalahkan Kunlavut Vitidsarn dari Thailand 21-11, 21-12 untuk layak ke pusingan akhir keduanya selepas tewas kepada Datuk Lee Chong Wei 2018.
Momota berkata selepas mengalami banyak kesukaran, beliau gembira untuk layak ke akhir pada kejohanan Jelajah Dunia Super 750 BWF.
"Secara jujurnya, saya tidak mempunyai keyakinan dalam perlawanan malam ini, saya cuma cuba untuk elakkan daripada melakukan kesilapan dan bergerak sebanyak mungkin, dan letakkan semula bola tangkis ke gelanggang lawan. Saya akan berikan yang terbaik untuk peminat terutamanya kepada peminat tempatan, yang memberikan sorakan sokongan kepada saya sepanjang minggu ini," katanya menerusi penterjemah.
Axelsen melangkah ke Terbuka Malaysia buat kali pertama, mengalahkan pemain nombor lapan dunia Jonatan Christie dari Indonesia 21-15, 20-22, 21-11 dalam pertembungan 1 jam dan 11 minit.
"Saya benar-benar mahu menang, ia akan menjadi terbaik, tetapi buat masa ini fokus pada pemulihan dan gembira atas kemenangan hari ini. Kami mahu berlawan dengan pemain terbaik di dunia, Momota bakat yang terbaik...saya gembira melihat beliau kembali bermain dengan baik dan harap kami dapat berikan yang terbaik esok," katanya.
Rekod pertembungan dua pemain itu memihak kepada Momota dengan 14 kemenangan dalam 15 pertemuan, manakala Axelsen mengalahkan bekas pemain nombor satu dunia itu pada pertemuan terakhir di Terbuka Denmark pada Oktober.
Pemain bukan Asia terakhir memenangi gelaran perseorangan lelaki merupakan seorang lagi pemain Denmark Peter Gade pada 2007, sebelum bekas pemain utama negara Datuk Lee Chong Wei memenanginya sembilan kali, termasuk tujuh kali berturut-turut dari 2008 hingga 2014, manakala Cheng Long dari China (2015) dan Lin Dan (2017, 2019).
Sementara itu dalam perseorangan wanita, juara Olimpik Tokyo 2020 chen Yu Fei dari China mengalahkan juara bertahan Tai Tzu Ying dari Taiwan 19-21, 21-13, 21-15.
Tzu Ying telah memenangi gelaran itu empat kali, termasuk tiga kali berturut-turut (2013, 2017, 2018, 2019) sebelum ia batalkan pada 2020 dan 2021 akibat pandemik COVID-19.
Yu Fei akan bertemu juara edisi 2016 Ratchanok Intanon dari Thailand, yang mengalahkan Wan Zhi Yi dari China 21-8, 21-18 dalam satu lagi perlawanan separuh akhir.
Perlawanan beregu campuran pula memperlihatkan pertembungan antara juara bertahan Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong dari China dan pemain nombor dua dunia Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taerattanachai dari Thailand.
Pada perlawanan peringkat empat terakhir hari ini juara 2018 dan 2019 Si Wei-Ya Qiong melangkah ke akhir selepas mengalahkan Mathias Christiansen-Alexandra Boje 21-18, 21-8, manakala pasangan Thai mengalahkan satu lagi wakil China Wang Yi Lyu-Huang Dong Ping 23-21, 19-21, 21-14.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 02 2022
Viktor Axelsen dan Kento Momota akan bertemu di Arena Axiata pada Ahad. - Bernama
Agenda AWANI: Banjir 2.0 | Jaga nyawa diri dan anggota penyelamat
Siap siaga lebih awal, tambah baik pergerakan operasi dan penyelarasan keperluan aset dan logistik. Itu persediaan yang dilakukan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) dalam misi bantuan banjir gelombang kedua dan seterusnya. Temu bual bersama KP JBPM Datuk Noor Hisham Mohammad 8.30 malam ini.
AWANI Ringkas: LRT Mutiara | Sidang Parlimen
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Mahkamah | Dadah | Kes Hilang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pindaan RUU 588: Satira, parodi bukan lagi jenayah selagi tidak ‘jelik melampau’ - Fahmi
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata Rang Undang-undang (RUU) Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 2024 menegaskan kebebasan dan hak bersuara rakyat dalam batas yang khusus. Jelasnya dalam pindaan ini, kesalahan dibawah Seksyen 233 tidak lagi menjadikan satira dan parodi sebagai suatu jenayah secara automatik.
Faisal Halim antara 94 penerima Anugerah Sultan Selangor
Pemain sayap Selangor FC, Faisal Halim menerima pingat darjah kebesaran Ahli-Sultan Sharafuddin Idris Shah sempena ulang tahun hari keputeraan ke-79 Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada Rabu.
Faisal atau dikenali dengan panggilan Mickey antara 94 penerima darjah dan bintang kebesaran yang berlangsung di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang.
Faisal atau dikenali dengan panggilan Mickey antara 94 penerima darjah dan bintang kebesaran yang berlangsung di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang.
Banjir surut, penduduk pulang, tetapi siap sedia kembali ke PPS
Situasi banjir di Terengganu yang mula surut ketika ini membolehkan penduduk terjejas pulang ke kediaman masing-masing, namun mereka sentiasa siap sedia untuk kembali semula ke PPS dalam tempoh Monsun Timur Laut ini.
MTDC perkukuh teknologi tempatan dengan pelancaran dana MySTI
Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) melancarkan Dana Uji Beli (DUB) dan Dana Mudah Cara (DMM) di bawah program MySTI, dalam usaha memperkukuhkan inovasi dan pengkomersialan teknologi tempatan.
Kerajaan pandang serius isu penyamaran nelayan asing
Jika terdapat penyalahgunaan lesen, tindakan tegas akan diambil di bawah Seksyen 13 Akta Perikanan 1985 termasuk penggantungan atau pembatalan lesen vesel.
Situasi di Semenanjung Gaza semakin merosot - Pegawai PBB
Penyelaras Kanan PBB berkata, sejak April lepas UNSC telah diingatkan mengenai risiko keruntuhan undang-undang dan ketenteraman.
Mahkamah benarkan kerajaan halang PetroSaudi guna dana RM1.61 bilion
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Rabu membenarkan permohonan kerajaan untuk menghalang PetroSaudi International Ltd (PSI) dan pengarahnya, Tarek Obaid, daripada menggunakan dana sebanyak AS$340 juta (RM1.61 bilion) yang dikaitkan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Hakim Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh membenarkan perintah larangan tersebut selepas pihak pendakwa raya berjaya membuktikan melalui afidavit bahawa dana AS$340 juta itu merupakan subjek atau bukti dalam kesalahan pengubahan wang haram.
Hakim Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh membenarkan perintah larangan tersebut selepas pihak pendakwa raya berjaya membuktikan melalui afidavit bahawa dana AS$340 juta itu merupakan subjek atau bukti dalam kesalahan pengubahan wang haram.
Axelsen berazam kembali 'gerunkan' lawan pada Paris 2024
Beliau yakin beliau akan kembali pada tahap terbaiknya untuk temasya sukan terbesar dunia itu dari 26 Julai hingga 11 Ogos ini.
Se Young lakar sejarah buat Korea dengan gelaran Terbuka Malaysia
Pemain wanita nombor satu dunia, An Se Young mencatatkan sejarah sebagai pemain Korea Selatan pertama memenangi gelaran Terbuka Malaysia.
Terbuka Malaysia: Harapan Aaron-Wooi Yik teruskan cabaran negara punah
Kemarau kejuaraan dalam kejohanan terbuka di laman sendiri masih lagi tiada noktahnya.
Tujuh wakil negara mara ke pusingan kedua Terbuka Malaysia
Chan Peng Soon-Cheah Yee See jadi wakil terakhir negara mara ke pusingan 16 selepas menewaskan wakil Taiwan, Chang Ko-Chi-Lee Chih Chen.
Cabaran negara dalam perseorangan lelaki berakhir di Terbuka Malaysia
Cabaran negara pada acara perseorangan lelaki terpaksa berakhir lebih awal apabila Ng Tze Yong menarik diri ketika menentang pemain Jepun, Koki Watanabe pada pusingan pertama Terbuka Malaysia.
Paris 2024: Zii Jia terap elemen Perancis dalam latihan
Zii Jia berlatih bersama Toma Junior Popov dan Christo Popov bagi mendapatkan pengalaman berdepan pemain dengan corak permainan berbeza.
Zii Jia, Aaron-Wooi Yik mampu rangkul gelaran terbuka Malaysia 2024 - Chong Wei
Chong Wei optimis Zii Jia dan beregu Aaron Chia-Soh Wooi Yik, masing-masing mampu mencipta magis merangkul gelaran juara pada Terbuka Malaysia 2024, di Axiata Arena esok.
Rexy harap pemain negara tamatkan kemarau enam tahun kejuaraan Terbuka Malaysia
Pemain negara seharusnya tidak melepaskan peluang untuk memburu gelaran Jelajah Dunia Super 1000 itu sekali gus kembali menjejak podium tertinggi di laman sendiri sejak 2018.
Aaron sasar permulaan positif di Terbuka Malaysia 2024
Aaron Chia berharap dapat mengharungi kempen musim ini dengan sempurna, bermula dengan prestasi positif di kejohanan Terbuka Malaysia 2024 pada 9 hingga 14 Jan ini.
'Sepatutnya sudah ada satu kejuaraan'
Katanya, BAM perlu lakukan sesuatu untuk pemain negara bangkit, sekali gus mencipta kejuaraan dalam kejohanan akan datang.