awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Badrul Hisham Ketua Pengarah JPN baharu berkuat kuasa hari ini

Bernama
Bernama
28/02/2024
03:25 MYT
Badrul Hisham Ketua Pengarah JPN baharu berkuat kuasa hari ini
Badrul Hisham telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 27 tahun apabila mula dilantik sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 1997. - Foto Facebook JPN
KUALA LUMPUR: Setiausaha Bahagian Pendaftaran dan Pertubuhan Kementerian Dalam Negeri (KDN) Badrul Hisham Alias dilantik sebagai Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang baharu berkuat kuasa hari ini.
JPN dalam kenyataan memaklumkan pelantikan itu bagi menggantikan Zamri Misman yang bertukar ke Bahagian Hal Ehwal Undang-undang (BHEUU), Jabatan Perdana Menteri pada 2 Feb lepas.
Badrul Hisham, 52, telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 27 tahun apabila mula dilantik sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) pada 1997.
Beliau juga pernah berkhidmat di JPN sebagai Pengarah Bahagian Kewangan dan Pembangunan serta Pengarah Bahagian Kad Pengenalan bermula 2015 hingga 2022, sebelum ke KDN sebagai Setiausaha Bahagian Pendaftaran dan Pertubuhan pada 18 Julai 2022.
Selain itu, JPN turut memaklumkan pelantikan Sarinah Apisah sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), JPN pada 26 Feb menggantikan Saiful Yazan Alwi yang ditugaskan ke Agensi Pintu Masuk dan Sempadan Malaysia (MCBA), KDN.
"JPN merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Zamri dan Saiful Yazan atas segala sumbangan dan khidmat bakti kedua-duanya kepada JPN," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ketua Pengarah JPN
#Badrul Hisham Alias
#JPN
#Jabatan Pendaftaran Negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan