"Saya hanya sempat capai beg tangan dan payung selepas mengetahui bangunan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sedang terbakar."
Itu luah salah seorang kerani, Liyana Termizi, 37, yang bertugas di Jabatan Penamaan, KWSP, Jalan Gasing, Petaling Jaya.
Ketika dalam kejadian, Liyana bersama kakitangan KWSP yang lain sedang melakukan aktiviti biasa mereka di pejabat.
Tiba-tiba pada jam 11.30 pagi, seorang kakitangan berlari masuk lalu memberitahu bangunan KWSP sedang terbakar dan meminta mereka keluar segera.
“Ada seorang kakitangan datang kepada kami dan memberitahu bangunan sedang terbakar. Pada mulanya, kami seperti tidak percaya sebab kami tidak dengar sebarang siren kecemasan.
“Bila dapat tahu tentang kebakaran itu, saya hanya sempat capai beg tangan dan payung sebelum keluar dari situ.
Walau bagaimanapun, keadaan di dalam pejabat KWSP masih tenang kerana ramai menyangka berita itu tidak betul.
“Kami di dalam pejabat masih lagi berlengah sebab seperti tidak percaya.
“Namun apabila saya keluar dari bangunan, ternyata kebakaran sudah berlaku dan ada beberapa individu yang panik,” ujar Liyana ketika dihubungi Astro AWANI hari ini.
Sebagai pekerja KWSP yang sudah berkhidmat selama 15 tahun, dia turut berharap cawangan KWSP di Petaling Jaya dapat beroperasi semula malah sistem keselamatan dipertingkatkan.
“Saya berharap cawangan KWSP di Petaling Jaya dapat dibina semula malah keselamatan dapat dipertingkatkan supaya kami boleh berkhidmat di sana kembali,” luah Liyana lagi.
Insiden kebakaran bangunan KWSP berlaku pada tengah hari semalam berpunca daripada percikan api daripada kerja penyelenggaraan yang menyebabkan material lapisan pelindung atau 'cladding’ pada bangunan itu terbakar.
Selain itu, cawangan KWSP itu ditutup buat sementara waktu sehingga diumumkan.
BACA: Inilah punca kebakaran di bangunan KWSP!
BACA: Kebakaran di KWSP Jalan Bukit Gasing: Apa yang anda yang perlu tahu?
Atiqah Ismail
Wed Feb 14 2018
Seorang kerani KWSP hanya sempat capai beg tangan dan payung selepas diberitahu bangunan KWSP sedang terbakar. -Foto Astro AWANI
MTDC Sokong Peluncuran Dana MySTI, Perkasa Teknologi Tempatan
Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) melancarkan Dana Uji Beli (DUB) dan Dana Mudah Cara (DMM) MySTI, sebuah iniasitif baharu bagi mempercepatkan usaha pengkomersialan hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D) negara.
Batu Puteh: Dr Mahathir balas kenyataan tiga bekas menteri Kabinet
Dr Mahathir turut membangkitkan persoalan sama ada perlu beliau meminta anggota Kabinet ketika itu untuk menyatakan pendapat mereka.
Pantau Agenda Reformasi: Tangani kenaikan harga premium insurans, takaful kesihatan
Ikuti kupasan Provost, Malaysia University of Science & Technology (MUST), Prof. Emeritus Dr. Barjoyai Bardai mengenai enam syor Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan tangani kenaikan harga premium insurans & takaful.
Pelabur harus memiliki mata wang Bitcoin - Thomas Peterffy
Pengasas syarikat broker runcit Interactive Brokers Group, Thomas Peterffy menyarankan pelabur untuk memiliki sedikit mata wang kripto, Bitcoin.
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus pada Oktober 2024 dengan 38,400 tan berbanding 31,847 tan pada September 2024.
Korean Air selesai pembelian jangka panjang Asiana Airlines
Syarikat penerbangan Korean Air menyelesaikan pembelian jangka panjang terhadap pesaingnya, Asiana Airlines yang kini dalam krisis hutang.
Jumlah import eksport barangan China naik 4.9 peratus 11 bulan pertama
Jumlah import dan eksport barangan China mencapai RMB39.79 trilion (RM24.3 trilion) dalam 11 bulan pertama tahun ini, naik 4.9 peratus tahun ke tahun.
4.1 juta pencarum miliki amaun permulaan, RM 14.5 bilion dipindah
Seramai 4.1 juta atau 31.6 peratus daripada jumlah keseluruhan ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di bawah umur 55 tahun memilih mempunyai amaun permulaan dalam Akaun Fleksibel dengan jumlah perpindahan sebanyak RM14.5 bilion
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
MIC cadang mekanisme khusus kawal kos rawatan hospital swasta
MIC mencadangkan supaya kerajaan dapat mewujudkan mekanisme khusus yang dapat mengawal kos rawatan di hospital swasta.
Puluhan pekerja India maut dalam kebakaran bangunan di Kuwait
Kebakaran itu berlaku pada sebelah pagi di bangunan yang menempatkan kira-kira 200 pekerja, kebanyakannya warga India, di kawasan Mangaf.
Bagai tidak percaya kebakaran berlaku, pekerja KWSP ini sempat capai beg tangan!
Seorang kerani hanya sempat capai beg tangan dan payung selepas mengetahui bangunan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sedang terbakar.
Hotel milik Trump terbakar, seorang cedera
Kebakaran di tingkat 47 bangunan Trump International Hotel di Columbus Circle, Manhattan itu telah menyebabkan seorang mangsa cedera ringan.