BAYANGKAN asteroid menghentam bumi, bagaimana kita boleh membina semula sistem bekalan makanan?
Fikirkan senario apabila asteroid menghentam bumi beberapa tahun dari sekarang, menghalang matahari dan meruntuhkan sistem pertanian di seluruh dunia.
Bagaimana penduduk dunia menghadapinya?
Persoalan utama, bagaimana penduduk dunia kekal hidup sekaligus mengatasi masalah kebuluran sebelum dunia sempat membentuk sistem pemakanan baharu untuk membekalkan nutrien penting.
HENTAMAN ASTEROID CHICXULUB
Ketika asteroid Chicxulub menghentam bumi sekitar 66 juta tahun lalu, memusnahkan dasar lautan termasuk hidupan laut dalam radius 2,400km (1,500 batu) sekali gus serpihan bertebaran ke seluruh pelusuk dunia. Kira-kira 25 trilion tan bahan tercemar memasuki atmosfera yang menyebabkan cahaya matahari terhalang.
Tidak seperti dinosaur, manusia yang hidup di pada zaman dahulu terselamat daripada tragedi mengerikan kerana mereka adalah ‘penggali’.
Memetik laporan terbitan portal BBC, bukan itu sahaja yang mampu menyelamatkan penduduk dunia ketika itu, malah diet dan corak pemakanan manusia juga memainkan peranan penting.
Peristiwa ini boleh dijadikan pengajaran agar dunia perlu memiliki stok makanan asas di waktu kecemasan.
Ketika Perang Dingin memuncak, pegawai Amerika Syarikat (AS) mencadangkan pengeluaran "keropok survival" (survival cracker) yang diperbuat daripada gandum bulgur yang kandungan bahannya memiliki jangka hayat panjang dan masih boleh dimakan selepas 3,000 tahun.
Ini termasuk tin sup Campbell, campuran minuman General Foods' Tang dan makanan pelbagai guna General Mills (sayur-sayuran dehidrasi) yang diperkaya dan grit soya dihasilkan di bawah perintah kerajaan untuk mengisi rak makanan di lokasi perlindungan.
LADANG BAWAH TANAH
Ketika bom atom Amerika Syarikat meletup dan menggegarkan Nagasaki, Jepun, penduduk bersembunyi di terowong lombong lama.
Bukan sahaja ruang berkenaan boleh menjadi ruang pelindung, ruang bawah tanah juga boleh digunakan untuk menanam makanan berkhasiat.
Walaupun kekurangan cahaya dan udara lembap, tanaman tertentu dipercayai mampu tumbuh subur di sini dengan pendekatan byang strategik dan teratur.
Sebagai contoh, sebuah firma yang dikenali sebagai Growing Underground mengusahakan penanaman sayur-sayuran di bekas tempat perlindungan serangan udara di Clapham, London.
Untuk sementara waktu, taugeh, mikrohijau, rumput gandum, asparagus putih, rubarb dan cendawan boleh ditanam tanpa bantuan pencahayaan cahaya.
Taugeh mengandungi sumber vitamin, asid lemak dan serat dan boleh menggunakan tenaga di dalam benih untuk membesar. Begitu juga dengan sayuran mikro yang menyediakan pelbagai perisa daripada pedas, masam dan manis.
Pada Disember 2020, Pihak Berkuasa Arang Batu dan Tinjauan Geologi British mengeluarkan peta haba menganggarkan kawasan arang batu seluas 25,000 km persegi (9,650 batu persegi) yang tidak digunakan di seluruh United Kingdom, kebanyakannya di kawasan tengah Inggeris, utara, selatan Wales dan selatan Scotland.
Peta ini menjadi rujukan pemaju supaya perumahan masa depan boleh dibina untuk mengeluarkan haba daripada perairan yang kembali ke lombong selepas ia dinyahaktifkan. Ia juga mungkin berguna untuk pertanian.
HIDANGAN SIAP
Tumbuhan memerlukan cahaya matahari untuk tumbuh tetapi cendawan mampu tumbuh dan berkembang di tempat yang gelap dan tidak memerlukan matahari. Apa yang diperlukan adalah kehangatan, lembapan, dan substrat bahan organik untuk bercambah.
Banyak lagi tanaman penting seperti kentang, gandum, barli, beras, jagung dan soya boleh dipindahkan ke kawasan tropika dan ditambah dengan ubi kayu, buah baobab, bayam liar dan keladi.
Pembinaan rumah hijau mengandaikan bahawa kerjasama dan perdagangan kekal mungkin - struktur ringkas yang diperbuat daripada kayu, filem polimer, kerikil dan paku yang memaksimumkan cahaya matahari.
SUMBER LADANG
Dengan bahan mentah seperti petroleum, gas asli, CO2 atau bahagian tanaman yang tidak boleh dimakan (yang dipanggil sisa semasa penuaian atau pembalakan), ia boleh menghasilkan protein, gula dan lemak ‘sintetik’.
Tahun lalu, NASA menganugerahkan tiga hadiah utama kepada pasukan perintis yang menukar karbon dioksida (CO2) menjadi gula untuk digunakan di misi angkasa lepas.
Sebuah loji di Chongqing, China menggunakan proses sintesis kimia yang ditapis di Teesside menghasilkan 20,000 tan protein daripada bakteria.
Protein sel tunggal ini hanya memerlukan metana, oksigen dan nitrogen untuk berkembang dan boleh digunakan sebagai makanan ikan dan juga boleh diselaraskan memberi makan kepada manusia.
Ia mungkin tidak nampak sedap, tetapi boleh dijadikan makanan untuk meneruskan kelangsungan hidup di waktu kritikal.
MAKANAN LAUT
Hidupan laut seperti kerang atau tiram boleh membekalkan zat besi yang baik untuk manusia. Spesis muara (Bivalvia) boleh hidup di ruang sempit dan bebas dari penyakit yang dialami ikan.
Ikan sardin dan ikan bilis sarat dengan vitamin D dan tempoh penghasilan ribuan telur berlaku dalam tempoh enam bulan sahaja.
Selain daripada tumbuh-tumbuhan, anemone (perumah), ikan dan burung laut yang berkumpul di sekeliling mereka, platform ini boleh menjadi tuan rumah penginapan, silo yang diisi dengan makanan, kendang yang panjang untuk penghasilan bivalvia atau rumpai laut.
Paling penting, ia dikaitkan dengan kemudahan darat yang pernah digunakan untuk mengimport minyak dan gas.
Baru-baru ini, kejayaan Agensi Aeronautik dan Angkasa Lepas (NASA) memesongkan laluan asteroid Dimorphos dan penyelidik meramalkan kebarangkalian sebanyak 0.000001 peratus berlakunya hentaman Chicxulub.
Namun tidak bermakna penduduk bumi tidak perlu bersedia. Hentaman asteroid bukan satu-satunya ancaman yang tetapi termasuk perubahan iklim, bio-keganasan, jangkitan tumbuhan, letusan gunung berapi dan banyak lagi.
Sebagai persediaan kita harus mempertimbangkan semula lokasi dan pengetahuan sekiranya cahaya matahari tidak lagi kelihatan.
Lokasi terowong, lombong, kilang dan pelantar lautan mungkin menjadi harapan untuk meneruskan kelangsungan hidup.
Faida Rahim
Mon Oct 24 2022
Lokasi terowong, lombong, kilang dan pelantar lautan mungkin menjadi harapan untuk meneruskan kelangsungan hidup. - Gambar hiasan
Lelaki maut dipanah petir ketika tidur atas buaian
Seorang lelaki tempatan berusia 31 tahun maut dipanah petir ketika sedang tidur di atas buaian di pondok rehat di hadapan rumahnya.
Cuaca panas boleh sebabkan sakit kulit
Lembaga Tabung Haji (TH) mengulangi nasihat kepada jemaah haji supaya menjaga kesihatan diri termasuk penjagaan kulit kerana cuaca panas menyebabkan jemaah mudah mendapat penyakit kulit seperti ruam dan gatal-gatal yang akan menggangu tumpuan kepada beribadah.
Hutan semula jadi berisiko ditebang di Malaysia
Pemerhati alam sekitar, RimbaWatch mendakwa 3.2 juta hektar hutan semula jadi berisiko ditebang membabit 16 peratus daripada baki litupan hutan di Malaysia.
Malaysia teraju penggunaan dompet mudah alih - Tinjauan
Malaysia menerajui dunia dalam penggunaan dompet mudah alih, dengan 63 peratus rakyat Malaysia menggunakan kemudahan tersebut untuk membeli-belah, kata platform teknologi kewangan global, Adyen.
[TERKINI] Kementerian serius laporan RimbaWatch
NRECC meneliti laporan sebuah badan pemerhati alam sekitar yang mendakwa kira-kira 3.2 juta hektar hutan semula jadi di negara ini.
[TERKINI] Rakyat Malaysia pengguna dompet mudah alih tertinggi di dunia
Malaysia menerajui dunia dalam penggunaan dompet mudah alih, dengan 63 peratus rakyat Malaysia menggunakan kemudahan itu untuk membeli belah.
Mohon segera kad fleet - Fuziah
Pemilik kenderaan pengangkutan barangan diingatkan supaya memohon segera kad fleet bagi memastikan mereka dapat menikmati subsidi diesel selepas kerajaan melaksanakan subsidi bersasar kelak.
42 kematian akibat komplikasi
42 kematian akibat komplikasi demam denggi direkodkan di seluruh negara sejak awal tahun ini.
VEP di sempadan Malaysia-Singapura dikuat kuasa sepenuhnya 1 Okt
Peraturan Permit Kemasukan Kenderaan (VEP) asing di sempadan darat Malaysia-Singapura dikuatkuasakan sepenuhnya mulai 1 Okt ini bagi memastikan pemilik kenderaan asing mematuhi peraturan jalan raya, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.
Loke berkata selepas tempoh itu, tindakan penguatkuasaan akan dikenakan terhadap mana-mana pemandu yang memandu kenderaan asing tanpa VEP selaras Seksyen 66H (7) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333).
Loke berkata selepas tempoh itu, tindakan penguatkuasaan akan dikenakan terhadap mana-mana pemandu yang memandu kenderaan asing tanpa VEP selaras Seksyen 66H (7) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333).
SPRM reman Pengarah Urusan, ubah status Tanah Rizab Melayu
SPRM menahan reman seorang pengarah urusan syarikat kerana disyaki memberi rasuah bagi mengubah status Tanah Rizab Melayu kepada bukan rizab Melayu.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
NASA bangunkan sistem rel terapung di permukaan bulan
FLOAT membabitkan pembangunan sistem rel terapung yang tidak memerlukan manusia untuk beroperasi menjelang 2030.
NASA berjaya hantar isyarat komunikasi laser sejauh 226 juta km
Kali ini data daripada kapal angkasa Psyche yang membawa DSOC bajua
Jutaan manusia kagum dengan fenomena gerhana matahari penuh
Fenomena gerhana matahari penuh tidak dapat disaksikan di Malaysia kerana laluan bayang-bayang umbra dan penumbra bulan tidak melalui mana-mana kawasan di Malaysia pada waktu tersebut.
'Selamat Datang ke Bulan' - Pendaratan kapal angkasa berjaya selepas 50 tahun
Robot pendarat berkaki enam digelar Odysseus, berjaya mendarat kira-kira jam 6:23 petang waktu AS di kawah bernama Malapert A.
NASA uji parabola hibrid terima isyarat komunikasi radio dan laser
NASA Menguji Parabola Hibrid Yang Menerima Isyarat Komunikasi Radio Dan Laser
Helikopter Ingenuity tidak lagi boleh terbang di Marikh
HAMPIR tiga tahun lalu helikopter Ingenuity menjadi objek pertama rekaan manusia yang berjaya terbang di planet selain bumi.
Jet ujian X-59 untuk program pesawat penumpang supersonik senyap didedahkan
Sasaran NASA dan Lockheed Martin ialah X-59 menghasilkan bunyi seperti pintu ditutup sahaja pada kelajuan supersonik.
Misi Artemis ke bulan ditangguh ke 2026
Terdapat banyak komponen yang perlu diuji seperti bateri dan litar yang mengawal sistem hayat penting seperti suhu dan kitaran udara.
Misi UAE ke bulan, Marikh bermula
Emiriah Arab Bersatu (UAE) telah mengumumkan penyertaannya dalam membangunkan modul di Stesen Lunar Gateway NASA Artemis bagi menjalankan misi kembali ke bulan dan Marikh.