KUALA LUMPUR:Penemuan interim vaksin terbaharu COVID-19 oleh Firma Biotech Amerika Syarikat, Moderna Inc yang mendakwa mempunyai keberkesanan sehingga 94.5 peratus merupakan satu pengumuman yang amat memberangsangkan.

Sebelum ini vaksin Pfizer dan BioNtech juga dilaporkan menunjukkan kadar keberkesanan lebih 90 peratus dalam mencegah jangkitan COVID-19.

Namun persoalannya, bagaimanakah ia dicipta kerana sebelum ini diketahui bahawa penghasilan vaksin biasanya memakan masa sehingga 10 tahun kerana perlu melalui banyak fasa dalam menentukan keberkesanannya.

Menurut Pakar Mikrobiologi Klinikal, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Prof Madya Dr Nurul Azmawati Mohamed, vaksin COVID-19 ini dihasilkan dengan menggunakan teknologi baharu iaitu menggunakan bahan genetik dari virus COVID-19 dan dimasukkan ke dalam vaksin.

Ikuti penjelasan ini:



Dalam masa yang sama, Dr Nurul juga menjelaskan mengenai kaedah penyimpanan vaksin adalah berbeza mengikut kaedah penghasilannya.

Banyak kaedah dalam penghasilan vaksin dan hanya vaksin yang dihasilkan melalui genetik material sahaja yang memerlukan tahap penyimpanan di bawah suhu beku iaitu 20 darjah Celsius di bawah paras beku.

Ini adalah bagi memastikan keberkesanan vaksin berkenaan.

Bagaimanapun kata Dr Nurul, Malaysia telah memilih vaksin yang dihasilkan oleh China yang memerlukan suhu penyimpanan sekitar 2 hingga 4 darjah Celsius sahaja kerana proses penghasilannya yang berbeza dari vaksin seperti Moderna dan Pfizer.

Ikuti penjelasan ini: