awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Nelayan dilaporkan hilang di perairan Kuala Terengganu
MALAYSIA
Malaysia ulangi sokongan terhadap usaha perkasa NGO Islam di Asia Tenggara - Mohd Na'im
MALAYSIA
Kerajaan negeri ambil serius teguran Raja Perlis mengenai 'Little Napoleon' dalam MPKangar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

Bagan Datuk cipta rekod lulus 100 peratus STPM 2024 - TPM Zahid

Bernama
Bernama
25/06/2025
10:43 MYT
Sponsor Banner
Bagan Datuk cipta rekod lulus 100 peratus STPM 2024 - TPM Zahid
Calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2024 di Bagan Datuk mencatatkan rekod kelulusan 100 peratus dengan Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) meningkat kepada 3.22 berbanding 3.09 pada 2023. - Foto Facebook Zahid Hamidi
IPOH: Calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2024 di Bagan Datuk mencatatkan rekod kelulusan 100 peratus dengan Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) meningkat kepada 3.22 berbanding 3.09 pada 2023.

Ringkasan AI
  • Keputusan STPM 2024 di Bagan Datuk capai kelulusan 100% dengan PNGK meningkat kepada 3.22, termasuk tujuh calon cemerlang PNGK 4.00.
  • SMK Tun Abdul Razak catat PNGK tertinggi (3.53), manakala SMK Khir Johari turut tunjuk peningkatan prestasi.
  • TPM Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi janji terus sokong pembangunan pendidikan melalui bantuan, motivasi dan akses pengajian tinggi.

Timbalan Perdana Menteri merangkap Ahli Parlimen Bagan Datuk Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Abdul Razak mencatatkan PNGK tertinggi daerah iaitu 3.53, manakala SMK Khir Johari turut merekodkan peningkatan PNGK kepada 3.11.
"Pencapaian STPM 2024 di Bagan Datuk menyaksikan peningkatan mendadak dalam bilangan calon cemerlang.
"Seramai tujuh orang atau 12.07 peratus daripada keseluruhan calon memperoleh PNGK 4.00, yang merupakan satu lonjakan ketara berbanding hanya dua orang atau 3.45 peratus pada 2023," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata pencapaian itu menjadi simbol kecemerlangan akademik prauniversiti serta manifestasi komitmen pelajar hasil usaha gigih para guru, ibu bapa serta sokongan berterusan pihak Pejabat Pendidikan Daerah.
"Sebagai Ahli Parlimen Bagan Datuk, saya sentiasa memberikan keutamaan kepada pembangunan pendidikan dan potensi anak muda di kawasan ini.
"Insya-Allah, segala bentuk sokongan akan terus disalurkan termasuk melalui program bantuan pendidikan, bimbingan motivasi, serta penyediaan akses kepada peluang pengajian tinggi dan latihan teknikal," katanya.
Beliau turut merakamkan ucapan tahniah kepada semua calon STPM di seluruh negara atas peningkatan prestasi keseluruhan peperiksaan, yang menyaksikan PNGK nasional meningkat kepada 2.85 berbanding 2.84 pada tahun sebelumnya.
Menurutnya, peningkatan turut dicatat dalam pelbagai indikator termasuk bilangan calon yang mencapai PNGK 4.00 iaitu jumlah calon yang memperoleh keputusan 5A dan 4A serta peratusan lulus penuh dalam lima dan empat mata pelajaran.
Selain itu, katanya, Bantuan Awal Persekolahan berjumlah RM150 kepada pelajar Tingkatan Enam akan mula disalurkan mulai tahun 2025, disusuli pelaksanaan kursus tanggungjawab sosial korporat (CSR) secara berterusan untuk guru Tingkatan Enam serta insentif tunai kepada pusat Tingkatan Enam yang mencapai kecemerlangan.
"Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat kepada generasi muda lain untuk terus melakar kejayaan dan mengharumkan nama daerah Bagan Datuk yang tercinta," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#STPM
#Bagan Datuk
#cipta rekod lulus 100 peratus
#Ahmad Zahid Hamidi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami