awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bahan toksik karsinogen dalam asap rokok punca kanser paru-paru

Haikal Raman
Haikal Raman
10/06/2022
10:11 MYT
Bahan toksik karsinogen dalam asap rokok punca kanser paru-paru
Individu terdedah dengan bahan toksik khususnya karsinogen dalam asap rokok boleh menyebabkan pembentukan mutasi sel kanser dalam badan.
KUALA LUMPUR: Malaysia mencatatkan sebanyak 22 peratus jumlah individu daripada populasi berusia 15 tahun dan dewasa mempunyai penyakit berhubung kait tabiat merokok pada tahun 2019.
Meskipun jumlah tersebut menunjukkan penurunan, namun ia direkodkan pada trend mendatar sekitar 0.6 hingga 0.7 peratus.
Pentadbiran Makanan dan Dadah (FDA) Amerika Syarikat mengenal pasti hampir 100 bahan toksik di dalam asap rokok yang boleh menyebabkan penyakit seperti kanser dengan sekitar 80 daripadanya adalah karsinogen (agen penyebab kanser).
Pakar Onkologi dari Perancis, Profesor Dr David Khayat berkata, pembentukan kanser adalah disebabkan terdedah kepada karsinogen.
Ia terkait dengan respond dos selain kadar keterdedahan karsinogen yang mempengaruhi peningkatan risiko pembentukan kanser.
“Sebagai tambahan, dos dan tempoh durasi terdedah dengan karsinogen serta aspek kerentanan genom seseorang turut memainkan peranan dalam pembentukan sel berkenaan.
“Misalnya, meskipun merokok dikenal pasti sebagai faktor risiko kanser paru-paru (dengan lebih 80 peratus kanser paru-paru dihidapi perokok), hanya lapan peratus perokok membentuk kanser paru-paru,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada Astro AWANI ketika dihubungi baru-baru ini.
Individu yang mempunyai penyakit jantung, tekanan darah tinggi, diabetes atau epilepsi disaran untuk mengelakkan penggunaan produk mengandungi nikotin mahupun tembakau.
Individu yang mempunyai penyakit jantung, tekanan darah tinggi, diabetes atau epilepsi disaran untuk mengelakkan penggunaan produk mengandungi nikotin mahupun tembakau.
Individu yang mempunyai penyakit jantung, tekanan darah tinggi, diabetes atau epilepsi disaran untuk mengelakkan penggunaan produk mengandungi nikotin mahupun tembakau.
Individu terdedah dengan bahan toksik khususnya karsinogen dalam asap rokok boleh menjadi faktor pembentukan mutasi yang menyebabkan badan tidak dapat mengawal dan mengehadkan pembiakan sel kanser termutasi.
Menurut David, kaedah terbaik dalam mencegah penyakit berkaitan rokok adalah dengan berhenti merokok, bagaimanapun adakah perkara itu realistik dan mampu dicapai?
Malah kajian mendapati sebanyak 64 peratus penghidap kanser paru-paru tetap meneruskan tabiat merokok.
“Kini inisiatif pengurangan kemudaratan tembakau (THR) menawarkan peluang kepada pengurangan kemudaratan berkaitan dengan tabiat merokok.
“Contohnya United Kingdom giat mengendors rokok elektrik atau vape sebagai langkah untuk perokok berhenti merokok. Hasilnya kadar individu merokok di UK menurun dan menunjukkan peratusan terendah di Eropah,” ujarnya.
Ditanya berkaitan dengan risiko kesihatan terkait dengan penggunaan peranti dalam menggalakkan THR beliau berkata, kebanyakan produk alternatif ini masih mengandungi nikotin dan boleh menyebabkan ketagihan.
“Meskipun nikotin bukan penyebab utama kepada penyakit yang terkait dengan rokok namun, individu yang mempunyai penyakit jantung, tekanan darah tinggi, diabetes atau epilepsi disaran untuk mengelakkan penggunaan produk mengandungi nikotin mahupun tembakau.
“Malah, produk-produk ini tidak disarankan kepada individu hamil, mereka yang menyusu serta bukan perokok seperti golongan muda,” jelasnya.
Topic Berkaitan
#asap rokok
#kanser paru-paru
#bahan toksik karsinogen
#karsinogen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan