DREBAR
Baharu dari BMW: 120i M Sport dan 220i Gran Tourer

Tampil dengan ekspresi sporty dan radikal menerusi pakej BMW M Sport yang terdiri daripada Kit Aerodinamik M, stereng M dibalut kulit, suspensi M Sport dan rim aloi M Sport bersaiz 18 inci sebagai ciri standard, BMW 1 Series serba baharu yang dipasang tempatan kini diperkenalkan dalam bentuk BMW 120i M Sport.
Model segmen kompak premium itu menampilkan reka bentuk lebih dinamik bersama elemen gril kidney lebih lebar, lampu utama yang direka semula, lampu nyalaan siang LED, bahagian belakang dengan rekaan baharu serta dua lampu LED. Jentera itu juga dipasang dengan rangkaian peralatan standard yang lebih komprehensif termasuklah BMW Navigation System Professional bersama Touch Controller, Comfort Access dan kluster instrumen baharu sebagai satu ciri standard.
BMW 2 Series Gran Tourer serba baharu pula merupakan model MPV kompak premium yang mampu memuatkan sehingga tujuh orang penumpang. Ia hadir dalam varian BMW 220i Gran Tourer serba baharu. Model terkini BMW itu hadir bersama rekaan BMW yang dinamik, prestasi mengagumkan dan penjimatan bahan api.
Sebagai sebuah kenderaan berkapasiti tujuh tempat duduk, BMW 2 Series Gran Tourer serba baharu juga menawarkan versatiliti yang unik dan memiliki lebih banyak ruang. Ini membuatkannya sebuah kenderaan ideal untuk mereka yang sudah berkeluarga.
Lebih menarik lagi, tempat duduk baris kedua model ini boleh dipasang dengan tiga kerusi kanak-kanak (dua kerusi sama di tempat duduk baris ketiga), satu ciri unik di dalam sebuah kenderaan premium moden.
Harga anggaran di atas jalan, (tidak termasuk insurans bersama Jaminan Perbatuan Tanpa Had Selama Lima Tahun dan Program Servis Berjadual Secara Percuma BMW Malaysia) adalah RM219,800 untuk BMW 120i M Sport. Untuk 220i Gran Tourer pula adalah RM279,800.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami