KUALA LUMPUR: Bahasa dan Budaya Vietnam telah diperkenalkan semula sebagai satu subjek pilihan di Universiti Malaya (UM) - salah sebuah universiti awam terkemuka di Malaysia.
Kira-kira 100 hingga 140 pelajar di Fakulti Bahasa dan Linguistik (FLL) kini mempelajari Bahasa dan Budaya Vietnam, kata Dekan FLL Profesor Surinderpal Kaur, lapor Agensi Berita Vietnam (VNA).
Para penuntut terdiri daripada rakyat Malaysia, China, India, dan Indonesia.
Ditubuhkan sebagai Pusat Bahasa pada tahun 1972, FLL bertanggungjawab untuk menjalankan kursus bahasa yang relevan dengan keperluan universiti. Ia menawarkan Kursus Bahasa Vietnam sejak penubuhannya sehingga 2017 apabila satu-satunya pensyarah Bahasa Vietnam bersara.
Kursus Bahasa dan Budaya Vietnam disambung semula pada tahun 2023 selepas fakulti itu mengambil pakar Linguistik, Nguyen Thuy Thien Huong, yang dikatakan telah memberikan inspirasi kepada kakitangan dan pelajar FLL untuk mengetahui lebih lanjut tentang Vietnam.
Profesor Surinderpal berkata bahawa fakulti itu bekerjasama dengan Persatuan Persahabatan Malaysia - Vietnam dalam program pertukaran pelajar, dengan hasrat untuk membina program khusus mengenai kerjasama kedua-dua negara.
Ia juga merancang untuk membangunkan kurikulum yang menyediakan kursus Bahasa Vietnam yang komprehensif daripada peringkat asas hingga lanjutan serta menganjurkan aktiviti untuk mempromosikan budaya Vietnam seperti kelas memasak, kelas muzik tradisional Vietnam dan tayangan filem Vietnam.
Selain Bahasa Vietnam, fakulti itu juga menawarkan sembilan subjek bahasa lain - Arab, Cina, Inggeris, Perancis, Jerman, Itali, Jepun, Sepanyol dan Tamil.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 13 2024
Selain Bahasa Vietnam, Fakulti Bahasa dan Linguistik Universiti Malaya juga menawarkan sembilan subjek bahasa lain termasuk Arab, Cina, Inggeris, Perancis, Jerman dan Tamil. - Gambar fail
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Astro mempembaharui hak penyiaran eksklusif Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Piala FA Emirates untuk tiga musim akan datang -- 2025/26 hingga 2027/28.
Skala penderitaan di Gaza gugat kepercayaan terhadap hak asasi manusia - UNRWA
UNRWA mengulangi gesaannya untuk gencatan senjata segera di Gaza.
Kampung Angkat MADANI JPA perkasa ekonomi penduduk, pelancongan Pulau Aman
Program Kampung Angkat Madani di Pulau Aman oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berjaya mengubah landskap pembangunan kampung nelayan itu menjadi lebih segar dan menarik.
Seramai lebih 15 orang bangun untuk undi belah bahagi
Seramai lebih 15 ahli Dewan Rakyat bangun untuk menolak RUU dan memohon untuk undi belah bahagi. “Kami mahu bawak ke jawatankuasa” Kata Ahli Parlimen Pengkalan Chepa
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
LKIM sediakan 10,150 metrik tan stok penimbal ikan musim MTL
Stok ikan terjejas kerana rata-rata nelayan tidak dapat keluar ke laut ketika musim tengkujuh yang bermula Oktober hingga Februari tahun hadapan.
51 laporan penipuan forex libatkan kerugian lebih RM12 juta
Skim itu didalangi beberapa individu dari Malaysia dan Indonesia dengan menggunakan nama sebuah syarikat beralamat di Indonesia.
Pelancong China hilang di Suria KLCC
Seorang lelaki warga China berusia 84 tahun dilaporkan hilang di medan selera Suria KLCC, di sini, pada Ahad lalu.
Jangan putus asa, teruskan karier, itu pesan Sultan Sharafuddin kepada saya - Faisal Halim
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berpesan agar Faisal Halim bekerja keras, tidak berputus asa dan meneruskan karier bola sepaknya.
Hukuman penjara 40 tahun terhadap pasangan bunuh anak perempuan kekal
Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara 40 tahun ke atas pasangan suami isteri yang didapati bersalah membunuh anak perempuan mereka.
KPM akan memperluas inisiatif kelas hibrid
Kementerian Pendidikan (KPM) bercadang memperluaskan kelas hibrid di 110 sekolah sedia ada kepada 400 sekolah dengan peruntukan RM340 juta.
Bahasa Vietnam antara subjek pilihan di Universiti Malaya
Kira-kira 100 hingga 140 pelajar di Fakulti Bahasa dan Linguistik kini mempelajari Bahasa dan Budaya Vietnam.