awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Baitulmaqdis: Henti guna dolar AS dalam urus niaga minyak - MIC

Bernama
Bernama
08/12/2017
12:53 MYT
Baitulmaqdis: Henti guna dolar AS dalam urus niaga minyak - MIC
Datuk Seri S. Vell Paari berkata urus niaga itu boleh dilakukan dalam mata wang lain yang diterima negara pengeluar minyak dan gas.
MIC hari ini mencadangkan agar dunia Islam berhenti daripada menggunakan dolar Amerika Syarikat (AS) dalam urus niaga minyak sebagai tindak balas terhadap langkah AS mengisytiharkan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.
Bendahari Agung parti, Datuk Seri S. Vell Paari berkata urus niaga itu boleh dilakukan dalam mata wang lain yang diterima negara pengeluar minyak dan gas.
"Kuasa dan pengaruh yang dimiliki Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdul Aziz Al Saud, dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mampu meyakinkan negara pengeluar minyak untuk tidak lagi menggunakan dolar AS dalam perdagangan minyak.
"Ini akan memberi pengajaran kepada AS kerana keputusannya mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel akan mempunyai kesan buruk.
"Memandangkan dunia Islam dikurniakan dengan minyak, ia merupakan satu-satunya 'senjata' praktikal yang perlu digunakan terhadap Amerika Syarikat," katanya dalam kenyataan di sini.
Vell Paari juga berkata tindakan Presiden AS, Donald Trump mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara baharu Israel akan menggagalkan usaha untuk menyelesaikan konflik Israel-Palestin.
Beliau mengingatkan semua pihak bahawa sudah tiba masanya langkah konkrit diambil untuk melindungi rakyat Palestin dan memberi tekanan terhadap AS dalam memperjuangkana nasib rakyat Palestin.
Trump mengumumkan pada Rabu bahawa AS mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel dan akan memindahkan kedutaannya dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis tidak lama lagi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#Baitulmaqdis
#dolar AS
#dunia Islam
#Israel
#MIC
#Palestine
#S Vell Paari
#urus niaga
#urus niaga minyak
#vell paari
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan