Di sebalik kenaikan kos sara hidup, kerajaan terus komited dalam usaha meringankan beban isi rumah golongan berpendapatan rendah termasuk melalui penambahbaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).
Sehingga Ogos 2014, 4.6 juta isi rumah dan 2.3 juta individu bujang menerima manfaat daripada BR1M berjumlah RM3.64 bilion, menurut Laporan Ekonomi 2014/2015 yang dikeluarkan Kementerian Kewangan pada Jumaat.
Laporan itu menarik perhatian bahawa BR1M 2014 telah ditambah baik merangkumi peningkatan jumlah bantuan tunai, memperluas kategori dan memperkenalkan Kumpulan Takaful Rakyat 1Malaysia (i-BR1M).
Kerajaan, kata laporan itu, telah menambah nilai pemberian BR1M daripada RM500 kepada RM650 untuk isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah.
"Bantuan kewangan RM450 pula diperluas kepada isi rumah berpendapatan sederhana antara RM3,001 dan RM4,000 sebulan," menurutnya.
Bagi individu bujang berumur 21 tahun ke atas, yang berpendapatan RM2,000 dan ke bawah sebulan, pemberian BR1M ditingkatkan daripada RM250 kepada RM300.
Selain itu, bantuan RM50 dalam bentuk caruman premium i-BR1M turut diberi kepada semua penerima BR1M kategori isi rumah, menjadikan jumlah keseluruhan bantuan kewangan RM700 kepada isi rumah berpendapatan rendah dan RM500 untuk isi rumah berpendapatan sederhana rendah.
Langkah itu memberi perlindungan sehingga RM30,000 sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal penerima antara 1 Jan hingga 31 Dis 2014.
Sehingga Ogos lepas, sebanyak RM197.3 juta bagi i-BR1M dengan 10,343 tuntutan dibuat oleh penerima BR1M bernilai RM32.8 juta.
Bernama
Fri Oct 10 2014
Laporan Ekonomi 2014/2015 telah menambah nilai pemberian BR1M daripada RM500 kepada RM650 untuk isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah.
1,342 kes denggi, dua kematian direkod minggu lalu - KKM
Sebanyak 1,342 kes demam denggi dan dua kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan pada Minggu Epidemiologi ke-49 (ME49) berbanding 1,249 kes dan tiada kematian pada minggu sebelumnya.
Papagomo dibebaskan dengan jaminan polis selepas beri keterangan
Papagomo ditahan 1.30 pagi semalam bagi membantu siasatan berkaitan kes memanipulasi nama sebuah syarikat untuk mengutip dana daripada orang awam.
Banjir: Pakai jubah di PPS ambil 'vibes' konvokesyen
"Saya pakai jubah di pusat pemindahan sementara (PPS) untuk merasai 'vibes' konvokesyen," kata mahasiswa Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI), Durratul Alia Mohd Kamil, 24, yang terjejas banjir.
Planworth tawar pembiayaan alternatif hingga RM20 juta sokong PMKS
Pembiayaan ditawarkan kepada mereka yang mendapat tawaran kontrak atau sebut harga dari kerajaan, GLC dan syarikat swasta.
AWANI Ringkas: Beregu campuran negara mara ke final
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sifat materialistik adalah malapetaka masyarakat - Dr Maza
Manusia pada masa kini cenderung mengutamakan nilai materialistik, termasuk dalam bidang perubatan.
Menurut Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, keadaan ini adalah satu malapetaka dalam kehidupan yang perlu segera diatasi sebelum memberi kesan yang lebih buruk kepada masyarakat.
Menurut Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, keadaan ini adalah satu malapetaka dalam kehidupan yang perlu segera diatasi sebelum memberi kesan yang lebih buruk kepada masyarakat.
Jangan lewatkan urusan jenazah jika tiada keperluan - Dr Maza
Islam tidak menganjurkan untuk menyimpan jenazah terlalu lama sehingga mendatangkan kemudaratan kepada jasad jika tiada alasan munasabah.
Menurut Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin ini kerana Islam tidak hanya menitikberatkan hak terhadap mereka yang masih hidup, tetapi juga memastikan hak jenazah dipelihara.
Menurut Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin ini kerana Islam tidak hanya menitikberatkan hak terhadap mereka yang masih hidup, tetapi juga memastikan hak jenazah dipelihara.
Polis kenal pasti pemilik kenderaan langgar tiang LRT
Polis telah mengenal pasti pemilik kenderaan yang terlibat dalam kemalangan melanggar tiang Transit Aliran Ringan (LRT), Khamis lalu.
Lembangan sungai utama di Kelantan diramal banjir bermula Isnin ini
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) maklumkamn, lembangan sungai utama di 10 jajahan di Kelantan dijangka berlaku banjir bermula Isnin ini hingga 19 Disember.
[TERKINI] Tang Jie-Ee Wei mara ke final di WTF 2024
Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei berjaya melangkah ke perlawanan akhir pada Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Akhir (WTF) 2024 di Hangzhou China.
Kejayaan itu dicapai selepas menewaskan rakan senegara, Goh Soon Huat-Shevon Lai dengan keputusan straight set 21-15, 21-12 dalam masa 42 minit pada Sabtu.
Kejayaan itu dicapai selepas menewaskan rakan senegara, Goh Soon Huat-Shevon Lai dengan keputusan straight set 21-15, 21-12 dalam masa 42 minit pada Sabtu.
Penyelarasan projek perumahan mampu milik di bawah KPKT - Zuraida
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan menyelaraskan projek perumahan mampu milik dan diletakkan di bawah KPKT bagi memudahkan pengurusan.
BR1M akan dibayar sebelum Aidilfitri - Lim Guan Eng
Bantuan itu akan dibayar kepada penerima sebelum Hari Raya Aidilfitri.
Manifesto BN asas kemenangan dua pertiga pada PRU14 - Syed Ali
Manifesto Barisan Nasional (BN) bakal melonjakkan peningkatan undi rakyat untuk memenangi majoriti lebih dua pertiga pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.
Kepelbagaian ekonomi Malaysia bantu negara capai status negara berpendapatan tinggi
Polisi kerajaan yang mempelbagaikan struktur ekonomi negara ini adalah keputusan yang tepat untuk mengukuhkan sistem kewangan negara.
80 peratus penerima BR1M terima bayaran peringkat pertama
Penyaluran ke akaun bank penerima dijangka selesai sepenuhnya pada akhir bulan Mac ini.
'Idea BR1M bukan dari saya tetapi dari Bank Negara' - PM Najib
Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) merupakan cetusan idea Bank Negara Malaysia (BNM) yang mahu bantuan disalurkan kepada rakyat secara lebih berkesan.
Bayaran BR1M fasa kedua dan ketiga pada Jun, Ogos - PM Najib
Bayaran pertama BR1M akan dibayar mulai Isnin ini, dan bayaran seterusnya pada Jun dan Ogos.
Pengagihan BR1M bermula Isnin
BR1M pada tahun ini yang melibatkan peruntukan sebanyak RM6.3 bilion untuk kira-kira tujuh juta penerima di seluruh negara akan dilakukan dalam tiga fasa.
Selepas Arab Saudi, kini Mesir berminat tiru BR1M
Mesir menjadi negara terbaharu selepas Arab Saudi yang berminat melaksanakan program serupa Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang diperkenalkan di negara ini pada 2012
BR1M bukan dedak - PM
Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bukan dedak atau umpan seperti yang dituduh pembangkang.