awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR - Menteri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

BAJET 2015: Terengganu harap kerajaan iktiraf kakitangan awam

Bernama
Bernama
09/10/2014
11:48 MYT
BAJET 2015: Terengganu harap kerajaan iktiraf kakitangan awam
AHMAD RAZIF: Penghargaan perlu kepada golongan berkenaan kerana mereka adalah tonggak kepada pembangunan dan keselamatan negara.
Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Razif Abd Rahman berharap Bajet 2015 yang akan dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak esok memberi pengiktirafan kepada kakitangan kerajaan dan pasukan beruniform.
Beliau berkata kerajaan negeri mengharapkan agar Najib yang juga Menteri Kewangan dapat mengumumkan sesuatu yang memberi penghargaan kepada golongan berkenaan kerana mereka adalah tonggak kepada pembangunan dan keselamatan negara yang kerajaan perlu mengambil kira sumbangan dan jasa mereka kepada negara.
"Saya yakin Bajet 2015 yang akan dibentangkan esok merupakan bajet kesejahteraan rakyat di mana kerajaan telah mengambil kira pelbagai aspek untuk memberi kemudahan kepada rakyat serta mengurangkan beban mereka di dalam keadaan ekonomi sekarang," katanya.
Bajet yang akan dibentangkan esok diharapkan juga dapat memberi penekanan kepada rakyat yang berpendapatan rendah dan sederhana bagi membantu mereka menampung kos sara hidup yang semakin tinggi, katanya selepas merasmikan Majlis Transformasi Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam Peringkat Majlis Bandaraya Kuala Terengganu di Dewan Sivik Seberang Takir hari ini.
Mengulas mengenai transformasi kerajaan negeri dalam aspek kebersihan, Ahmad Razif berkata sebanyak 10 trak penyendat baharu disediakan untuk melancarkan lagi perkhidmatan kutipan sampah oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) di Terengganu.
"Kita pilih Seberang Takir kerana ia adalah sebahagian dari kawasan daerah baharu iaitu Kuala Nerus dan sejajar dengan keperluan yang semakin mendesak, dengan pertambahan penduduk yang semakin ramai, pastilah kebersihan sangat penting di kawasan ini, katanya.
Beliau berkata jika tahap kebersihan di sini sudah menepati piawaiannya, maka transformasi itu akan diperluaskan ke seluruh negeri secara berperingkat.
Topic Berkaitan
#Bajet 2015
#ekonomi
#GST
#harapan bajet
#Najib Razak
#Razif Abd Rahman
#subsidi
#terengganu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan