awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PRK Lamag catat 44.50 peratus keluar mengundi setakat 1 tengah hari - SPR
PRK Kinabatangan: 43.23 peratus keluar mengundi setakat 1 tengah hari - SPR
Senarai baharu barangan SARA akan dikemas kini sebelum Ramadan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bajet 2015:'Volcanic sensor' mampu atasi kekurangan anggota polis - Akhbar Satar

T K Letchumy Tamboo
T K Letchumy Tamboo
11/10/2014
08:22 MYT
Bajet 2015:'Volcanic sensor' mampu atasi kekurangan anggota polis  - Akhbar Satar
Akhbar Satar berpendapat jawatan polis di negara kita masih belum cukup sepenuhnya kerana nisbah polis kepada penduduk adalah 1:500 sedangkan standard polis antarabangsa (Interpol) adalah 1:250.
Bajet 2015 yang memberikan keutamaan kepada sektor keselamatan, terutamanya dengan kelulusan tambahan sebanyak 11,757 perjawatan polis adalah amat dialu-alukan, kata Presiden Transparency International Malaysia (TI-M) Datuk Akhbar Satar.
Walau bagaimanapun, beliau berpendapat jawatan polis di negara kita masih belum cukup sepenuhnya kerana nisbah polis kepada penduduk adalah 1:500 sedangkan standard polis antarabangsa (Interpol) adalah 1:250.
“Untuk mengurangkan daripada mengguna tenaga polis yang tidak cukup, saya cadangkan penggunaan teknologi iaitu ‘volcanic sensor’ di kawasan panas atau hotspots.
“Sekiranya alat itu diletakkan di kawasan hotspot di mana berlakunya kejadian pergaduhan dan tembak-menembak, ia akan menghantar isyarat kepada polis dengan segera dan polis akan sampai ke kawasan kejadian serta-merta,” katanya kepada Astro AWANI.
Akhbar berkata peruntukkan RM9.1 bilion untuk pihak polis adalah sesuatu yang bagus.
“Kalau boleh, gunakannya untuk meningkatkan modal insan, mutu kerja dan integriti,” katanya.
Antara intipati Bajet 2015 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam, adalah meluluskan tambahan sebanyak 11,757 perjawatan anggota polis, selain membina sebanyak 14 Ibu Pejabat Polis dan Balai Polis, termasuk bangunan baharu IPK Perlis serta terus memperkukuhkan dengan penambahan 1,000 lagi unit rondaan bermotosikal PDRM.
Selain itu, kerajaan akan memperuntukkan sebanyak RM121 juta billion kepada PDRM untuk melaksanakan pelbagai program NKRA.
Topic Berkaitan
#Akhbar Satar
#Bajet 2015
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan