KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2022 (Bajet 2022) di peringkat jawatankuasa melibatkan Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Perkara itu putuskan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun menerusi undian suara majoriti.

Kelulusan itu melibatkan Kepala Bekalan B1 hingga B9 dan B40 serta Kepala Pembangunan P6 dan P7 Bajet 2022.

Malah, tiada ahli Parlimen yang bangun berdiri meminta undian belah bahagian dilakukan.

Sebelum itu, lima menteri berportfolio di bawah JPM selesai menggulung selepas ia dibahaskan oleh ahli-ahli Parlimen bermula jam 11.30 pagi tadi.