awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Niaga hadapan emas dijangka kekal dalam aliran positif minggu depan
Penyertaan pasaran meningkat dijangka pacu kenaikan Bursa Malaysia minggu depan
Ketua PBB amat khuatir tindakan Israel sasar NGO
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bajet 2023: KPLB mahu mulakan kelas pintar di Tabika Kemas

Bernama
Bernama
26/09/2022
20:00 MYT
Bajet 2023: KPLB mahu mulakan kelas pintar di Tabika Kemas
Mahdzir berkata pihaknya telah memohon peruntukan daripada Kementerian Kewangan dalam Bajet 2023 bagi merealisasikan hasrat itu. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) mahu menjadikan Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) sebagai kelas pintar selari dengan eleman pendigitalan ketika ini.
Menteri berkenaan Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata pihaknya telah memohon peruntukan daripada Kementerian Kewangan dalam Bajet 2023 bagi merealisasikan hasrat itu.
Beliau berkata sebagai fasa permulaan, KPLB mahu sekurang-kurangnya 10 peratus daripada 11,000 Tabika Kemas dilengkapi fasiliti digital.
"Kita usaha juga bajet (Bajet 2023) untuk Kemas bagi memulakan kelas di bilik-bilik (Tabika) dipanggil 'smart classroom', sekurang-kurangnya dimulakan dengan 800 kelas," katanya pada sidang media selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Tiga Tahunan Kesatuan Kakitangan Kemas Semenanjung Malaysia (Kesateria) Kedua di sini semalam.
Mahdzir berkata elemen pendigitalan amat penting ketika ini dan pihak Kemas tidak boleh sepenuhnya bergantung kepada kaedah pengajaran lama.
Persidangan Kesateria yang diadakan setiap tiga tahun sekali itu dihadiri lebih 300 perwakilan dan pemerhati kesatuan daripada 12 cawangan di seluruh Semenanjung Malaysia.
Terdahulu dalam ucapannya, Mahdzir mengumumkan dana utiliti sebanyak RM30,000 kepada Kesateria.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bajet 2023
#KPLB
#Tabika Kemas
#kelas pintar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan