Seorang bapa kepada remaja perempuan berumur 17 tahun di Jalan Bunga Raya di sini merayu supaya anaknya pulang ke pangkuan keluarga setelah dipercayai lari mengikut teman lelakinya sejak 1 Jun lalu.
Che Ahmad Din, 54, berkata anak tirinya itu Nor Azlin Azelan yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini tidak pulang ke rumah selepas menaiki sebuah kereta yang menunggu di hadapan rumahnya pada pukul 3 pagi.
Kehilangan Nor Azlin disedari ibunya Sabarashah Musa, 47, selepas melihat anak perempuannya itu tiada di dalam bilik.
"Jiran yang duduk berhampiran rumah memberitahu mereka nampak anak saya memanjat pagar dan menaiki sebuah kereta yang menunggu di hadapan rumah dalam keadaan tergesa-gesa.
"Dia keluar membawa kad pengenalan serta telefon bimbitnya. Saya sudah beberapa kali cuba menghubungi telefon bimbitnya tetapi tidak dijawab," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Che Ahmad berkata setelah gagal menghubungi telefon bimbit anaknya itu, dia mengambil keputusan untuk keluar mencari anaknya itu sehingga ke Kuala Lumpur tetapi masih gagal mengesannya.
"Saya syak dia telah lari mengikut teman lelakinya yang berumur 21 tahun.
Sebelum ini dia pernah merancang untuk melarikan diri tetapi tidak berjaya kerana rancangannya itu telah diketahui oleh keluarga.
"Kerana bimbangkan keselamatannya saya telah membuat laporan mengenai kehilangan anak saya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar," katanya.
Katanya, Nor Azlin, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seberang Perak di sini, merupakan anak yang baik, suka bergurau dan bertanggungjawab dan dia berharap anaknya itu akan pulang segera ke pangkuan keluarga.
"Ibunya tidak sihat kerana terlalu rindukannya dan sekiranya terdapat salah faham yang berlaku ia dapat diselesaikan selepas dia pulang ke rumah," katanya.
Beliau juga meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai remaja itu supaya menghubungi pihaknya di talian 012-5297161 atau balai polis berdekatan.
Bernama
Mon Jun 09 2014
Kehilangan Nor Azlin disedari ibunya selepas melihat anak perempuannya itu tiada di dalam bilik.
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Fokus Minggu Depan: Masa depan Harimau Malaya dan saingan Kejohanan ASEAN
Ikuti kupasan Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM, Mohd Sadek Mustaffa berkenaan masa depan Harimau Malaya dibawah kendalian jurulatih baharu dan berdepan dengan saingan Kejohanan ASEAN.
Polis mohon bantuan kesan pelajar tingkatan dua dilapor hilang
Polis menerima laporan mengenai kehilangan Qayzikri Hazimi, 14, daripada gurunya pada 5.12 petang.
Perahu karam: Mayat mangsa pertama daripada tiga yang hilang ditemukan
Mayat mangsa pertama daripada tiga remaja yang hilang di Sungai Stamin, Kampung Selampit, Lundu, Sarawak pada pagi Isnin ditemukan pagi Selasa.
Tragedi bot karam: Operasi SAR tiga pelajar giat dijalankan - Polis
Operasi mencari dan menyelamat tiga pelajar yang hilang dalam kejadian bot karam di Sungai Kayan, Kampung Selampit daerah Lundu giat dijalankan.
Nor Diana mungkin dikawal individu tidak dikenali - Ibu
Maznah Ismail, 44, berkata beliau berasakan demikian selepas bercakap dengan anaknya itu menerusi panggilan telefon kira-kira 11 pagi semalam.
Operasi SAR pelajar hilang di Pulau Mawar dihentikan
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang pelajar institusi pengajian tinggi swasta yang dilapor hilang selepas mendaki bukit seorang diri di Pulau Mawar di sini dihentikan 7 malam, semalam.
Operasi SAR guna dron bantu kesan pelajar IPTS hilang di Pulau Mawar
Dron milik Pejabat Daerah Mersing digunakan pada hari pertama dan kedua operasi, manakala dron imej terma milik APM digunakan semalam.
Pelajar UPM dipercayai hilang sejak Jumaat lalu
Seorang pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) dilaporkan hilang sejak Jumaat lalu.
Mekanik direman bantu siasatan kes remaja hilang
Seorang mekanik direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes remaja hilang pada 15 Jun lalu bermula hari ini.
Remaja hilang, Nur Afiqah Aina akhirnya pulang
Selepas sembilan hari dilaporkan hilang sejak 15 Jun lalu,seorang remaja Nur Afiqah Aina Mohamed Rafik, 14, akhirnya ditemukan selamat.
Budak hilang di Besut ditemui selamat, rupanya ikut 'Mok Noh' pergi Narathiwat
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, ACP Razmi Mohd Gunnos berkata mangsa dijumpai selamat kira-kira jam 12.20 tengahari pada Rabu.