awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bakar kereta kerana berang cinta ditolak

Sinar Harian
Sinar Harian
07/12/2021
22:30 MYT
Bakar kereta kerana berang cinta ditolak
Berang cinta ditolak, seorang lelaki bertindak membakar kereta milik seorang wanita dalam kejadian di Pangsapuri Seri Pagi, Taman Bukit Serdang pada Ahad. -Gambar hiasan
SERDANG: Berang cinta ditolak, seorang lelaki bertindak membakar kereta milik seorang wanita dalam kejadian di Pangsapuri Seri Pagi, Taman Bukit Serdang di sini pada Ahad.
Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner AA Anbalagan berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 5.20 pagi ketika mangsa berada di rumah.
"Mangsa ketika itu dimaklumkan oleh jirannya berhubung kejadian.
"Mangsa yang terkejut kemudian turun dari rumah sebelum mendapati kereta miliknya sudah terbakar dan api sedang dipadamkan oleh pihak bomba.
"Hasil penelitian daripada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian, polis menahan seorang lelaki berumur 29 tahun di sekitar kawasan Bandar Kinrara, Puchong kerana disyaki terlibat dalam kejadian berkenaan," katanya menerusi satu kenyataan pada Selasa.
Beliau berkata, siasatan awal mendapati punca kejadian disebabkan suspek tidak berpuas hati akibat cintanya ditolak wanita berkenaan.
"Suspek berang akibat cintanya ditolak mangsa sejak setahun lepas," katanya.
Menurutnya, semakan mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.
"Hasil ujian saringan suspek juga didapati negatif dadah.
"Kertas siasatan sedang dilengkapkan dan akan dirujuk kepada timbalan pendakwa raya dalam masa terdekat.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan," katanya.
*Berita asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#bakar kereta
#berang cinta ditolak
#Anbalagan
#Pangsapuri Seri Pagi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan