awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
UNMISS: 13 Pegawai PDRM selamat tiba di tanah air dari Sudan Selatan
Kanak-kanak 10 tahun maut dalam kemalangan di Kuala Krai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bakar remaja: Polis rakam percakapan 15 individu

Astro Awani
Astro Awani
27/07/2022
08:39 MYT
Bakar remaja: Polis rakam percakapan 15 individu
Polis telah menahan enam individu termasuk suspek utama berusia 28 bagi membantu siasatan lanjut. - Astro AWANI
KEMAMAN: Polis telah merakam percakapan 15 individu bagi membantu siasatan berhubung kes bakar seorang remaja lelaki di Kampung Perasing Jaya, Jabor, di sini, pada Jumaat lalu.
Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata mereka melibatkan rakan mangsa, pengusaha stesen minyak serta saksi yang melihat insiden itu.
Katanya kertas siasatan kes berkenaan juga sedang dilengkapkan dan akan dirujuk kepada pihak pendakwa raya dalam waktu terdekat.
“Kertas siasatan kita akan rujuk pada Timbalan Pendakwa Raya untuk cadangan pertuduhan.
“Boleh dikatakan 80 peratus (siasatan) sudah lengkap cuma kita perlu dapatkan laporan-laporan seperti hospital, kesihatan dan bomba,” katanya di sini hari ini.
BACA: Penganggur direman susulan kejadian remaja parah melecur dibakar
Beliau berkata pihaknya juga telah memperoleh beberapa bahan bukti termasuk cebisan baju yang terbakar menerusi penahanan enam orang suspek.
Katanya mangsa kini masih menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan, Pahang.
Pada Jumaat seorang remaja lelaki berusia 15 tahun melecur dari leher sehingga bahagian badan selepas dipercayai dibakar rakannya dalam kejadian di Kemaman.
Berikutan itu, polis telah menahan enam individu termasuk suspek utama berusia 28 bagi membantu siasatan lanjut.
Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan.
Topic Berkaitan
#bakar remaja
#Kemaman
#suspek direman
#Hanyan Ramlan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan