awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKNNS siasat dakwaan pekerja kedai makan basuh lebihan makanan untuk dijual semula
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS, mata wang negara serantau
64,295 pelawat Singapura masuki Sarawak pada 2025, catat jumlah tertinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penganggur direman susulan kejadian remaja parah melecur dibakar

Astro Awani
Astro Awani
24/07/2022
07:24 MYT
Penganggur direman susulan kejadian remaja parah melecur dibakar
Suspek yang berusia 28 tahun itu ditahan kira-kira jam 6 petang Sabtu di sebuah kediaman di Kampung Perasing Jaya, Jabor, Kemaman.- Gambar fail
KEMAMAN: Seorang penganggur yang dipercayai suspek utama dalam kes bakar melibatkan seorang remaja lelaki Jumaat lalu direman selama lima hari bagi membantu siasatan lanjut.
Perintah tahanan itu dikeluarkan Majistret Tengku Eliana Tuan Kamaruzaman di Mahkamah Majistret Kemaman, di sini bermula Ahad.
Ia bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kemaman Supt Hanyan Ramlan berkata terdahulu suspek yang berusia 28 tahun itu ditahan kira-kira jam 6 petang Sabtu di sebuah kediaman di Kampung Perasing Jaya, Jabor, Kemaman.
Jenayah | Dituduh mencuri, remaja melecur dibakar rakan
Katanya hasil ujian saringan air kencing juga mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine dan turut mempunyai empat rekod lampau berkaitan dadah.
Beliau berkata susulan itu juga pihaknya turut menahan lima lagi individu berusia 18 hingga 25 tahun dan kesemua mereka juga direman selama enam hari bermula Sabtu.
Pada Jumaat seorang remaja lelaki berusia 15 tahun melecur dari leher sehingga bahagian badan selepas dipercayai dibakar rakannya.
Mangsa kini sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan, Pahang.
Topic Berkaitan
#bakar remaja
#Kemaman
#penganggur
#reman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan