GOMBAK: Pemandu yang memotong giliran di lebuh raya boleh dikenakan tindakan undang-undang.
Demikian amaran Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintendan Azman Shariat kepada semua pengguna lebuh raya yang pulang ke kampung halaman bermula hari ini.
Ujarnya, JSPT Selangor memandang serius tindakan terbabit yang boleh mengakibatkan kesesakan lalu lintas yang lebih teruk.
"Kita sentiasa membuat pemantauan terhadap lima kesalahan utama dalam Op Selamat, begitu pun kami akan ambil perhatian serius bagi potong 'Q' dan memandu di garisan kecemasan.
"Kami di JSPT Selangor ada sediakan satu talian telefon kepada pengguna yang sempat merakam mohon rakam (video) dan nyatakan tempat berlaku kejadian itu untuk pendakwaan.
"Amaran orang potong 'Q' awas, selain penguatkuasa, anda juga diperhatikan rakan pemandu anda sendiri. Diminta anda memandu ikut peraturan," jelasnya ketika ditemui di Plaza Tol Gombak pada Jumaat.
Aliran trafik dijangka bertambah
Sementara itu mengulas mengenai aliran trafik, jelas Azman, pihaknya menjangkakan pertambahan bilangan kenderaan terutama di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dan Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) bermula malam ini.
"Kami menjangkakan begitu, orang ramai akan ambil peluang untuk pulang ke kampung halaman. Hari ini rata-rata warga kota baru habis kerja dan esok cuti, jadi malam ini tol percuma juga diberikan sehingga Ahad.
"Saya percaya lebih ramai ambil peluang pulang ke kampung, aliran trafik dijangka meningkat dalam tempoh 48 jam ini," jelasnya lagi.
Justeru, katanya orang ramai dinasihatkan agar mengikuti peraturan ditetapkan agar mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku.
"Saya suka menasihatkan semua penunggang dan pemandu kenderaan pulang ke kampung, kami tahu anda ghairah pulang ke kampung bersama keluarga selepas dua tahun kita berhari raya di Lembah Klang.
"Saya memohon anda ikuti jadual dikeluarkan PLUS dan Anih Berhad. Memandu berhati hati dan sentiasa ikut undang-undang, kena sentiasa 'defensive driving' dalam mengelakkan terbabit dalam kemalangan," katanya lagi.
Pemerhatian Astro AWANI di Plaza Tol Gombak sejak petang tadi mendapati bilangan kenderaan bertambah setiap masa.
Bagaimanapun sejak jam 7.00 malam, aliran trafik mulai sesak di KM 24 sehingga KM 37.9 (Genting Sempah).
Turut sesak di KM 39.3 sehingga KM 43 (Bukit Tinggi). Orang ramai yang ingin memulakan perjalanan diminta mengikut jadual perjalanan dikeluarkan PLUS dan Anih Berhad.
Fareez Azman
Fri Apr 29 2022
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintendan Azman Shariat berkata, pihaknya memandang serius tindakan terbabit yang boleh mengakibatkan kesesakan lalu lintas yang lebih teruk. - Foto Astro AWANI
Pesawah dituduh buat kenyataan menghasut di WhatsApp
Seorang pesawah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap tuduhan membuat kenyataan menghasut di menerusi aplikasi WhatsApp pada Selasa.
9 tentera terbunuh nahas helikopter di Colombia
Helikopter itu terputus hubungan dengan pangkalan pada tengah hari dan kemudian didapati terhempas berhampiran daerah Santa Rosa.
Venue Piala Thomas, Uber di Chengdu dilanda 'demam' panda
Yang paling mencuri perhatian ialah magnet peti sejuk yang menampilkan Yu Rong Rong bermain badminton.
Houthi Yaman serang dua kapal pemusnah AS
Houthi berjaya menyasarkan serangan terhadap dua kapal pemusnah AS dan kapal CYCLADES di Laut Merah serta MSC Orion di Lautan Hindi pada awal Selasa.
Ringgit rendah berbanding dolar AS pada awal dagangan
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7665/7710 berbanding mata wang Amerika Syarikat (AS) daripada 4.7650/7700 semalam.
Bakal jemaah haji OKU syukur dipilih jadi tetamu Allah
Abdul Samad MM Abdul Aziz, 53, yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) Penglihatan bersyukur dan teruja apabila dipilih seorang daripada 31,600 jemaah haji dari Malaysia tahun ini.
Pendakwa raya ICC temu bual kakitangan hospital di Gaza
Pendakwa raya dari Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) telah menemu bual kakitangan dari dua hospital terbesar di Gaza.
Israel bimbang ICC keluar waran tangkap berkait perang Gaza
Israel menyuarakan kebimbangan bahawa Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) bersiap sedia untuk mengeluarkan waran tangkap bagi pegawainya atas tuduhan berkaitan dengan pengendalian perang terhadap Hamas.
Liputan Haji: Bakal fokus kepada cabaran dan kebajikan jemaah wanita
Bagi petugas media mewakili Astro AWANI, untuk tahun ini, musim 1445 hijrah, yang terpilih ialah Editor dan Penerbit Astro AWANI, Dr Azlinariah Abdullah dan Azlinda Salim bersama 12 yang lain daripada agensi media.
Che'gubard mengaku tidak bersalah pertuduhan Akta Hasutan 1948
Dia didakwa membuat penerbitan menghasut di akaun Facebook atas nama Che'GuBard di Mutiara Villa, Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada jam 6.30 petang 26 April lalu.
Insiden DASH: Kebajikan mangsa jadi keutamaan - Prolintas
Segala urusan berkaitan kebajikan mangsa kejadian perancah besi jatuh di tapak pembinaan Lebuhraya DASH akan diberikan keutamaan.
Tol Gombak sesak: Polis sahkan pengguna ada surat kebenaran rentas negeri
Hasil pemeriksaan selama empat jam bermula 9.30 pagi, kebanyakan pengguna lebuh raya tersebut mempunyai kebenaran untuk merentas daerah atau negeri.
Penyenggaraan jalan persekutuan libatkan 60 peratus kontraktor Bumiputera
Pemberian kontrak kepada mana-mana syarikat konsesi bagi penyenggaraan jalan persekutuan di seluruh negara perlu melibatkan 60 peratus penyertaan kontraktor Bumiputera.
Tan Cheng Hoe ucap takziah, harap Syafiq tabah
Dengan sokongan ahli keluarga, rakan sepasukan dan penyokong, Cheng Hoe berharap Syafiq akan kembali pulih dan meneruskan kehidupan.
Berbasikal di lebuh raya tetap dilarang, denda RM300 hingga RM2,000 jika ingkar
Mereka yang gagal mematuhi papan tanda larangan berbasikal adalah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 79 (2) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
PLUS tutup sementara laluan ke utara Putra Heights-USJ, Lebuhraya Elite
Sehubungan itu, PLUS akan membuka laluan kontra di KM13.5 hingga KM11.4 bagi melancarkan pergerakan kenderaan.
Trafik lancar, pergerakan kenderaan meningkat di PLUS dan Karak
Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagaimanapun berkata terdapat peningkatan pergerakan kenderaan di lebuhraya PLUS dan Karak.
Kerajaan terima empat tawaran ambil alih PLUS
Kementerian Kerja Raya mengesahkan setakat ini menerima empat tawaran rasmi daripada pihak yang berminat untuk mengambil alih PLUS Malaysia Bhd (PLUS)
Ambil alih empat lebuh raya tidak libatkan kos kerajaan - Guan Eng
Bayaran itu masih mampu dibuat meskipun kerajaan mengurangkan kadar tol pada waktu-waktu tertentu serta tanpa sebarang kenaikan tol pada masa depan.
Anwar nafi isu tol untuk raih undi di Semenyih
Menurutnya, keputusan itu telah dibuat sebelum waktu kempen PRK DUN Semenyih bermula.