Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor menyeru balu tentera supaya berani menceburi bidang keusahawanan walaupun ia menuntut kesabaran, ketabahan hati, semangat kental dan pengorbanan yang besar daripada pelbagai segi.
Katanya, beliau yakin usaha itu tidak mustahil jika ia disusuli usaha berterusan dan sikap tidak mudah berputus asa dan sentiasa bersedia mengubah cara hidup ke arah lebih produktif, berani, tabah dan sanggup menghadapi cabaran dengan penuh yakin.
"Para balu kini tidak lagi boleh dipinggir, terpinggir atau hanya menjadi penerima manfaat daripada hasil pembangunan.
"Sebaliknya, para balu harus turut terlibat dengan lebih aktif sebagai agen perubahan kerana saya percaya balu-balu tentera juga mampu menyumbang kepada pembangunan dan perubahan," katanya ketika merasmikan Persatuan Peniaga-peniaga Bekas Tentera Kuala Lumpur dan Selangor di Dewan Seroja, Kementerian Pertahanan, di sini malam ini.
Beliau berkata penubuhan persatuan itu merupakan permulaan baik untuk memperkasakan ekonomi balu tentera melalui perniagaan di samping menjadi wadah menyalurkan maklumat terkini kepada golongan tersebut.
Rosmah berkata penyertaan balu di dalam persatuan tersebut diharap dapat menjadikan mereka sentiasa peka terhadap perubahan dan memanfaatkan peluang yang tersedia selain menimba ilmu melalui aktiviti yang dijalankan.
Beliau turut mencadangkan supaya persatuan tersebut dapat memperluaskan perkhidmatan mereka kepada balu-balu tentera di seluruh negara kerana peranan persatuan akan lengkap melalui khidmat yang bermanfaat kepada seluruh masyarakat.
"Saya menyeru supaya para balu tidak berhenti berusaha meningkatkan kemampuan diri agar menjadi golongan yang lebih berpengetahuan, berkemahiran serta inovatif," katanya.
Rosmah juga berkata dalam mendokong hasrat kerajaan melahirkan masyarakat yang prihatin dan penyayang, kebajikan balu-balu tentera perlu diberi perhatian sewajarnya memandangkan mereka sanggup merelakan tanggungjawab suami mempertahankan negara.
Katanya anggota keluarga balu juga perlu mendapat akses pendidikan yang berkualiti, kesihatan yang baik serta peluang pekerjaan bagi membolehkan mereka menjana pendapatan sendiri.
Pada majlis itu, Rosmah turut menyampaikan sumbangan daripada Jabatan Hal Ehwal Veteran kepada 60 balu tentera yang terpilih dari seluruh negara.
Bernama
Thu Jan 17 2013
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selebriti lelaki miliki dadah direman 5 hari
Selebriti program realiti komedi yang ditahan di Cyberjaya kerana disyaki memiliki ganja pada Sabtu direman lima hari bermula Ahad.
Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Presiden terpilih Amerika Syarikat, Donald Trump melantik bekas ketua perisikan beliau, Richard Grenell, sebagai utusan presiden untuk misi khas pada Sabtu.
Balu tentera diseru ceburi bidang keusahawan
Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor menyeru balu tentera supaya berani menceburi bidang keusahawanan.