awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TASK raih kutipan hampir RM4 juta tahun 2026
Meta, TikTok dan Google perkukuh ciri keselamatan digital remaja
Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman dibuka mulai hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banci 2020 fasa kedua secara bersemuka di Sabah ditangguhkan - DOSM

Bernama
Bernama
01/10/2020
20:26 MYT
Banci 2020 fasa kedua secara bersemuka di Sabah ditangguhkan - DOSM
Mohd Uzir berkata, pelaksanaan Banci 2020 di negeri-negeri lain tetap diteruskan mengikut SOP dan tertakluk kepada pemakluman dari semasa ke semasa. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:Jabatan Perangkaan menangguhkan pelaksanaan Banci Penduduk dan Perumahan 2020 (Banci 2020) fasa kedua secara bersemuka di seluruh negeri Sabah dan penyesuaian semula bagi pelaksanaannya akan dimaklumkan kemudian.
Pesuruhjaya Banci 2020 Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata keputusan itu diambil berikutan pelaksanaan Kawalan Rentas Daerah di negeri tersebut bermula 3 hingga 16 Okt ini.
"Berdasarkan status terkini itu juga, penyelia dan pembanci yang dilantik di Sabah tidak perlu hadir bertugas sepanjang tempoh Pelaksanaan Kawalan Rentas Daerah di seluruh Sabah manakala latihan bagi pembanci di Sabah yang dijadualkan bermula dari 1 hingga 5 Okt turut dihentikan berkuat kuasa serta-merta," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Bagaimanapun, Mohd Uzir yang juga Ketua Perangkawan, berkata pelaksanaan Banci 2020 di negeri-negeri lain diteruskan mengikut prosedur operasi standard (SOP) iaitu Operasi Pembancian di Lapangan Banci 2020 dan tertakluk kepada pemakluman dari semasa ke semasa.
Banci 2020 fasa kedua iaitu pengumpulan data secara bersemuka akan dilaksanakan dari 7 hingga 24 Okt ini.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Khamis mengumumkan pelaksanaan Kawalan Rentas Daerah di seluruh Sabah mulai 12.01 tengah malam 3 Okt hingga 16 Okt.
Menurut beliau, Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (PKPDB) di empat daerah iaitu Tawau, Lahad Datu, Kunak dan Semporna yang diumumkan sebelum ini, kekal berkuat kuasa seperti biasa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jabatan Perangkaan
#Banci Penduduk dan Perumahan 2020
#Banci 2020
#Sabah
#Pelaksanaan Kawalan Rentas Daerah
#Mohd Uzir Mahidin
#banci
#tangguh
#COVID-19
#Kawalan Rentas Daerah
#penyelia
#pembanci
#bersemuka
#data
#PKPDB
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan