TEHRAN: Komander Tentera Laut Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) mengumumkan bahawa kapal tangki Trend, yang berlayar di bawah bendera Togo, telah dihentikan selepas cuba melintasi laluan haram di Selat Hormuz, lapor Agensi Berita Republik Islam (IRNA).
Dalam satu kenyataan awal Jumaat, Laksamana Muda Ali Ozmaei berkata kapal berkenaan cuba menyeberangi Selat Hormuz secara tidak sah selepas didorong oleh tentera Amerika Syarikat dengan tipu daya politik.
Unit tentera laut IRGC menyasarkan kapal tersebut, menyebabkan kebakaran yang memaksanya dihentikan, tambah kenyataan itu.
IRGC menegaskan bahawa sebarang transit melalui Selat Hormuz tanpa kebenaran akan mengakibatkan kemusnahan kapal terbabit, menekankan bahawa laluan air strategik itu berada di bawah kawalannya.
-- BERNAMA-IRNA