awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak gajah Asia betina lahir di Zoo Nasional Smithsonian selepas hampir 25 tahun
MCMC, Murray Hunter rekod perintah persetujuan selepas kenyataan fitnah ditarik balik
Guru ditahan disyaki liwat pelajar beberapa kali
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banduan bergelar doktor falsafah dibebaskan sempena Hari Keputeraan Sultan Selangor

Bernama
Bernama
11/12/2024
14:54 MYT
Banduan bergelar doktor falsafah dibebaskan sempena Hari Keputeraan Sultan Selangor
Banduan pertama yang memperoleh ijazah Doktor Falsafah (PhD) semasa di dalam penjara, diberi pengampunan oleh Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah sempena Hari Keputeraan baginda, hari ini. - Foto Facebook Jabatan Penjara Malaysia
KUALA LUMPUR: Banduan pertama yang memperoleh ijazah Doktor Falsafah (PhD) semasa di dalam penjara, diberi pengampunan oleh Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah sempena Hari Keputeraan baginda, hari ini.
Jabatan Penjara Malaysia memaklumkan Murad (bukan nama sebenar) yang memiliki PhD dalam bidang Pentadbiran Perniagaan, telah menjalani hukuman sejak 2001 pada usia 14 tahun sebagai Tahanan Limpah Sultan (TLS) di Rawatan Pemulihan Dadah Penjara Kajang.
"Murad merupakan prospek pertama Jabatan Penjara yang bergelar Doktor Falsafah dalam bidang Pentadbiran Perniagaan, setelah menyambung pelajaran ketika menjalani hukuman di penjara," katanya menerusi perkongsian di laman Facebook jabatan itu hari ini.
Waran pembebasan dibacakan Pengarah Penjara Kajang Preshahdin Monshee hari ini.
Semasa sesi pembebasan itu, Preshahdin turut menasihatkan Murad untuk sentiasa mengamalkan disiplin, serta menggunakan ilmu yang ada dalam memajukan diri dan pihak jabatan sedia membantu sekiranya Murad memerlukan bantuan.
Murad, pada sesi berkenaan turut menzahirkan kesyukuran dan menjunjung kasih kepada Sultan Selangor di atas pengampunan baginda, serta Jabatan Penjara kerana memberikan peluang dan ruang kepadanya untuk menyambung pengajian sehinggalah bergelar Doktor Falsafah.
Murad berkata dia akan mengenang segala jasa baik pihak jabatan dan percaya dengan peranan jabatan dalam memulihkan prospek sepertinya, agar dikembalikan dengan lebih sempurna.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banduan PhD
#Doktor Falsafah
#pengampunan
#Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah
#Hari Keputeraan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan