MELAKA: Jabatan Penjara melaksanakan pemindahan penempatan banduan bagi penjara yang dikategorikan zon merah atau kuning iaitu mengalami kesesakan penghuni ke penjara zon hijau bagi mengatasi masalah tersebut.
Pengarah Bahagian Pengurusan Banduan Komisioner Penjara Ajidin Salleh berkata sebagai contoh jika sesebuah penjara itu mempunyai kapasiti 1,000 orang ia masih boleh menampung tambahan sehingga jumlah 1,200 penghuni tetapi sekiranya melebihi 20 peratus, pusat itu akan menjadi zon merah dan mengalami kesesakan.
"Selain itu kami juga akan memperluas pelaksanaan beberapa program seperti Sistem Parol dan Pelepasan Banduan Secara Lesen, selain Program Pemulihan Pemasyarakatan bagi mengurangkan kesesakan dalam penjara.
"Pihak kementerian telah menguruskan pesalah-pesalah menjalani hukuman di bawah tiga tahun boleh dilepaskan secara lesen oleh Ketua Pengarah Penjara Komisioner Jeneral Penjara melalui mesyuarat dibuat peringkat institusi negeri seterusnya ibu pejabat," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Terdahulu beliau hadir menyempurnakan Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 Sekolah Integriti dan Sekolah Henry Gurney Penjara Malaysia di Telok Mas.
Mengulas lanjut beliau berkata hanya lima peratus kesesakan penjara dikategorikan zon merah berlaku iaitu melibatkan penjara di negeri pantai timur seperti Penjara Marang, Terengganu dan Pengkalan Chepa, Kelantan selain di Sabah dan Sarawak yang dijangka dapat diselesaikan dalam masa terdekat.
Dalam pada itu Ajidin berkata Jabatan Penjara menjalin kerjasama dengan universiti awam dan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) bagi memberi peluang kepada pesalah melanjutkan pengajian dalam pelbagai peringkat.
Katanya kolaborasi itu termasuk usahasama dengan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Open University Malaysia (OUM) dan Asia College of Exercise Medicine (ACEM).
"Di Jabatan Penjara ini pendidikan bukan sahaja diberikan kepada Sekolah Integriti dan Sekolah Henry Gurney untuk pesalah juvana sahaja malah bagi pesalah dewasa, kami juga telah rangka program dengan institusi berkenaan bagi mereka yang terpilih dan berkelayakan.
"Di UPSI sebagai contoh ada yang melanjutkan pengajian dalam Diploma Keusahawanan, selain ada dalam kalangan mereka yang sedang menyambung pengajian di pelbagai peringkat dari program diploma hingga ijazah kedoktoran di ACEM dan OUM," katanya.
Sementara itu beliau berkata pencapaian SPM bagi Sekolah Integriti dan Sekolah Henry Gurney juga mencatatkan pencapaian lulus 100 peratus selain ada satu sekolah yang berjaya menjangkau Lonjakan Saujana.
"Kecemerlangan ini juga hasil kesungguhan dan komitmen tinggi pelajar serta guru sehingga berjaya membuktikan kemampuan dalam memberi peluang kedua kepada mereka menentukan hala tuju kehidupan seterusnya memperlihatkan keberkesanan program pendidikan penjara," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 26 2023
Pengarah Bahagian Pengurusan Banduan Komisioner Penjara Ajidin Salleh ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan SPM 2022 Sekolah Integriti dan Sekolah Henry Gurney di Telok Mas hari ini. - Foto BERNAMA
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Berkemampuan, disiplin tinggi pikat majikan gaji bekas banduan
Permintaan pekerja daripada golongan Orang Diparol dan Orang Bebas Berlesen di Melaka meningkat susulan kemampuan dan disiplin tinggi yang ditunjukkan mereka dalam pekerjaan.
LPP mahu perluas kerjasama dengan Jabatan Penjara dalam bidang penternakan
Lembaga Pertubuhan Peladang berhasrat memperluaskan lagi kerjasama dengan Jabatan Penjara Malaysia dalam membangunkan projek berkaitan aktiviti penternakan.
Jabatan Penjara tubuh lembaga siasatan kenal pasti punca kes banduan lari
Jabatan Penjara tidak akan berkompromi dan akan ambil tindakan tegas terhadap pihak yang cuai atau tidak patuh prosedur semasa melaksanakan tugas.
Lapan penjara berusia lebih 100 tahun, usang dalam perancangan diganti bangunan baharu
Lapan penjara di negara ini yang dikenal pasti berusia lebih 100 tahun dan mempunyai bangunan lama serta usang dalam perancangan untuk digantikan dengan bangunan baharu secara berperingkat.
Peningkatan kes baharu dadah sebabkan kesesakan penjara
Jabatan Penjara mendedahkan berlaku kesesakan penjara di seluruh negara berikutan peningkatan kes baharu melibatkan dadah.
Ambil banduan bekerja, majikan bantu ubah masa depan
Peluang kedua bagi memperbaiki kesilapan dan mengubah masa depan dengan menawarkan pekerjaan kepada banduan memberikan seribu makna kepada golongan ini.
Aidilfitri: Keluarga dibenar lawat penghuni penjara pada raya ketiga, keempat
Keluarga penghuni penjara dibenar membuat lawatan sempena Aidilfitri tahun ini pada raya ketiga dan keempat.
Lawatan keluarga penghuni penjara sempena Krismas 27 dan 28 Dis
Keluarga kepada semua penghuni di bawah institusi Jabatan Penjara dibenarmembuat lawatan sempena perayaan Krismas pada 27 dan 28 Dis ini.
Jabatan Penjara tumpu pemulihan berimpak tinggi menerusi CHCDC
Penjara kini bukan hanya dijadikan sebagai tempat menghukum semata-mata, tetapi turut ditransformasikan sebagai institusi pendidikan.
Jabatan Penjara pelawa NGO beri khidmat kaunseling kepada penghuni
Jabatan Penjara menggalakkan badan-badan bukan kerajaan untuk bekerjasama dalam memberikan khidmat kaunseling kepada penghuni yang menjalani hukuman penyalahgunaan dadah.