NATIONAL
Bangkai anak gajah telah ditanam, video tular ibu kembali bukan haiwan yang sama

Seekor anak gajah jantan dianggarkan berusia lima tahun, mati dilanggar kenderaan dalam kejadian di Kilometer 80 JRTB Gerik-Jeli di sini, awal pagi semalam. - Gambar fail
IPOH: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak akan terus memantau ibu gajah yang anaknya mati dilanggar lori ayam di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli awal pagi semalam, dan video tular yang mengatakan ia kembali ke lokasi anaknya dilanggar bukan video gajah yang sama.
Ringkasan AI
- Perhilitan Perak akan terus memantau ibu gajah yang anaknya mati dilanggar lori ayam di JRTB Gerik-Jeli. Video tular yang mengatakan ia kembali ke lokasi anaknya dilanggar bukan video gajah yang sama.
- Ibu gajah tersebut telah kembali ke hutan dan dipercayai telah memasuki kumpulannya. Karkas anak gajah jantan telah ditanam di lokasi yang tidak didedahkan.
- Perhilitan telah membina jejambat untuk lintasan hidupan liar khususnya gajah, memasang 17 papan tanda amaran kehadiran gajah, dan bekerjasama dengan JKR untuk memasang lampu di kawasan tersebut.
Yusoff berkata karkas anak gajah jantan terbabit juga telah ditanam di lokasi yang tidak didedahkan.
Terdahulu seekor anak gajah jantan dianggarkan berusia lima tahun, mati dilanggar kenderaan dalam kejadian di Kilometer 80 JRTB Gerik-Jeli di sini, awal pagi semalam.
Insiden itu tular selepas video yang dimuat naik ke media sosial oleh saksi kejadian menunjukkan ibu gajah setia menanti, dengan meletakkan kepala di lori berkenaan seakan tidak dapat menerima kenyataan pahit akan kehilangan anaknya.
Ibu gajah itu kemudian terpaksa ditembak dengan ubat pelali dan dibawa untuk dipindahkan ke dalam hutan semula.
Sementara itu Yusoff berkata pihaknya telah membina jejambat untuk lintasan hidupan liar khususnya gajah, termasuk memasang 17 papan tanda amaran kehadiran gajah di sepanjang lokasi dikenal pasti.
"Selain itu, kita juga telah pasang lampu dengan kerjasama Jabatan Kerja Raya (JKR), untuk membolehkan pengguna jalan raya nampak lebih jelas kawasan sekeliling dan memandu secara berhati-hati sekiranya terdapat haiwan," katanya.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami