awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bangkai buaya tembaga tanpa gigi ditemui di Taiping

Sinar Harian
Sinar Harian
02/10/2021
15:31 MYT
Bangkai buaya tembaga tanpa gigi ditemui di Taiping
Bedah siasat akan dijalankan doktor veterinar bagi mengenal pasti punca sebenar kematian haiwan itu. - Gambar/ Sinar Harian
TAIPING: Bangkai seekor buaya tembaga dianggarkan sepanjang 4.5 meter ditemui di Sungai Trong, Kampung Kuala Trong di sini pada Jumaat.
Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak, Yusoff Shariff berkata, siasatan dijalankan selepas pihaknya menerima maklumat awam mengenai penemuan bangkai buaya jantan itu.
"Siasatan awal mendapati buaya dianggarkan seberat 600 kilogram itu mati dipercayai disebabkan faktor umur berikutan semua gigi buaya telah tiada atau luruh.
"Reptilia berkenaan dipercayai sudah mati antara dua atau tiga hari lalu sebelum ditemui penduduk," katanya ketika dihubungi pada Sabtu.
Menurutnya, bedah siasat akan dijalankan doktor veterinar bagi mengenal pasti punca sebenar kematian haiwan itu.
"Berdasarkan rekod, kami tidak menerima aduan berkaitan kewujudan buaya di kawasan berkenaan sebelum ini.
"Haiwan itu dipercayai telah mudik ke sungai berkenan kerana tidak boleh meneruskan kehidupan atas faktor usia," katanya.
Beliau menasihatkan orang ramai untuk tidak mengambil tindakan sendiri hingga boleh membahayakan nyawa.
"Sebarang perkara berkaitan hidupan liar, mereka perlu melaporkan kepada Jabatan Perhilitan untuk tindakan seterusnya dengan menghubungi talian hotline 1-800-88-5151 atau e-aduan di laman web www.wildlife.gov.my," katanya.
Artikel asal disiarkan di Sinar Harian: Bangkai buaya tembaga ditemui di Sungai Trong
Topic Berkaitan
#buaya tembaga
#tiada gigi
#Taiping
#bangkai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan