awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Global Sumud Flotilla hantar misi kemanusiaan terbesar ke Gaza pada 29 Mac
Adibah bawa agenda kerjasama pembacaan ke Pesta Buku Antarabangsa Taipei 2026
NIOSH tawar 3,000 tempat kursus OSH-C percuma kepada PKS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bangkai dua ekor penyu dilupuskan

Wan Zuratikah Iffah Wan Zulkifli
Wan Zuratikah Iffah Wan Zulkifli
14/01/2022
21:32 MYT
Bangkai dua ekor penyu dilupuskan
Antara punca kematian penyu adalah lemas akibat terperangkap dalam pukat. - Astro AWANI
KUALA TERENGGANU: Jabatan Perikanan Negeri Terengganu melupuskan bangkai dua ekor penyu yang ditemukan di pantai Terengganu pada Jumaat.
Pengarahnya Ruzaidi Mamat berkata, bangkai penyu agar yang berusia lingkungan 20 tahun dan seberat kira-kira 40 hingga 50 kilogram itu dijumpai terdampar di Pantai Seberang Takir dan Pantai Batu Buruk.
Menurut Ruzaidi, penemuan dua ekor haiwan tersebut menjadikan jumlah yang direkodkan pada tahun ini sebanyak lima kes kematian penyu di negeri itu.
Jelasnya, antara punca kematian reptilia marin berkenaan adalah lemas akibat terperangkap dalam pukat.
"Kita tidak dapat menolak kemungkinan yang adanya unsur-unsur pengkhianatan ke atas penyu.
"Kalau kita lihat tahun 2020 dulu ada kes penyu itu dibelah dengan kejam dan kita tidak menolak kemungkinan satu aktiviti pukat hanyut atau pari yang kita lihat penyumbang kepada kematian penyu di Terengganu," katanya.
BACA: Dua bangkai penyu ditemukan di pantai Terengganu
Beliau turut menasihatkan nelayan supaya memasang peranti penyisih penyu (TED) bagi menyelamatkan haiwan itu apabila terperangkap dalam pukat tunda, sekali gus mengurangkan kematian spesies berkenaan.
Ruzaidi berkata sebanyak 51 kes kematian penyu direkodkan Jabatan Perikanan Negeri Terengganu sepanjang tahun 2021.
Topic Berkaitan
#Jabatan Perikanan Negeri Terengganu
#terperangkap dalam pukat
#unsur pengkhianatan
#penyu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan