IPOH: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak menerima laporan berhubung penemuan bangkai harimau dahan di Kilometer 253.3, Lebuh Raya Pesisiran Pantai Barat (WCE) dekat Taiping, semalam.
Pengarahnya, Yusoff Shariff berkata, siasatan pihaknya mendapati mamalia yang nama saintifiknya, Neofelis Nebulosa itu dipercayai telah mati dilanggar kenderaan di lokasi kejadian.
Menurutnya, harimau jantan seberat 20 kilogram itu dianggarkan berusia lima tahun dan pihaknya telah mengambil bangkai haiwan itu, petang semalam.
"Kita percaya haiwan liar ini telah mati dua hari sebelumnya berdasarkan keadaan bangkai yang telah kembung dan busuk," katanya di sini pada Khamis.
Terdahulu, tular satu video berdurasi 22 saat di media sosial memaparkan bangkai seekor harimau dahan ditemui dekat besi penghadang jalan.
Kejadian dipercayai merupakan kemalangan pertama melibatkan hidupan liar di Seksyen 11 WCE selepas dibuka kepada pengguna pada 12 Mac lalu.
Jajaran sepanjang 35.5 km itu terdapat lintasan hidupan liar di laluan lebuhraya berkenaan yang dibina khas merentasi Hutan Simpan Bubu, untuk memastikan ekosistem binatang liar kekal terpelihara.
Abd Razak Mohd Ali
Thu Mar 21 2024
Tangkap layar video tular di media sosial yang memaparkan bangkai seekor harimau dahan ditemui dekat besi penghadang jalan.
Faisal Halim semakin positif, dijangka keluar hospital beberapa hari lagi
Faisal dijangka dapat kembali beraksi semula dalam tempoh tiga hingga enam bulan lagi bergantung kepada pemulihannya.
To Lam angkat sumpah Presiden baharu Vietnam
Presiden Vietnam yang baru dipilih, To Lam mengangkat sumpah jawatan pada Rabu.
Anak, bekas setiausaha politik MB Perlis didakwa esok - Azam Baki
Anak dan bekas setiausaha politik Menteri Besar Perlis Mohd Shukri Ramli akan didakwa atas pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu bernilai RM600,000, esok.
Anggota Rabbani, Nazrul Azhar meninggal dunia
Pemergian Nazrul disahkan menerusi kemas kini di akaun Facebook rasmi kumpulan itu, sebentar tadi.
Polis siasat wanita dakwa diri Imam Mahdi
Polis sedang menyiasat seorang wanita yang mendakwa dirinya sebagai Imam Mahdi seperti tular di media sosial sejak semalam.
Sambutan harmoni tanpa bimbang
Penganut Buddha bersama keluarga masing-masing mula mengunjungi kuil pada awal pagi bertujuan melaksanakan upacara keagamaan di Dewan Persatuan Buddha Gua Musang.
NRES tekad kukuh agenda pemuliharaan biodiversiti
Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) bertekad untuk mengukuhkan agenda pemuliharaan biodiversiti di negara ini.
Kerajaan ambil langkah berhati-hati, elak rakyat terjejas
Penyelarasan subsidi dilaksanakan secara berperingkat bermula dengan penghapusan subsidi diesel melibatkan pengguna di Semenanjung Malaysia.
Sheriff: 'Watak dia sebenarnya tak kelakar' - Syafiq Yusof dedah sisi lain Zul Ariffin
Syafiq juga menyenaraikan dua pelakon wanita yang paling dia suka bekerjasama iaitu Elizabeth Tan dan Azira Shafinaz.
Suara Rakyat: Amukan gajah semakin menggila
Pekebun kecil terus menanggung kerugian, selepas dirosakkan gajah sejak empat bulan lalu.
WCE perkukuh kerjasama dengan Perhilitan pastikan keselamatan pengguna, ekosistem
WCE sangat komited dalam memastikan ekosistem alam sekitar kekal terpelihara serta keselamatan pengguna lebuh raya terjaga.
Bangkai harimau dahan ditemui mati di Lebuhraya WCE
Kejadian dipercayai merupakan kemalangan pertama melibatkan hidupan liar di Seksyen 11 WCE selepas dibuka kepada pengguna 12 Mac lalu.
Harimau dahan cedera dilanggar motosikal
Perhilitan dengan kerjasama bomba tiba ke lokasi kejadian bagi operasi menyelamat harimau betina seberat 30 kilogram itu.
'Jangan ganggu harimau dahan jika terserempak'
Setakat ini, JHL Sabah belum dapat mengesahkan kesahihan haiwan itu berkeliaran di jalan raya.
Harimau dahan di Kampung Bukit Bertam mati akibat jangkitan virus
Hasil ujian darah mendapati haiwan itu positif Virus Canine Distemper (CDV).
Harimau dahan tercekik ditemukan di belakang rumah
Seekor harimau dahan jantan yang dipercayai tercekik sesuatu ditemukan di belakang rumah seorang penduduk Kampung Bukit Bertam, dekat Selama, hari ini.
Harimau dahan betina ditemui mati dipercayai dilanggar kenderaan
Seekor harimau dahan betina dewasa ditemui mati dipercayai akibat dilanggar kenderaan di Jalan Tapah-Bidor, Tapah petang semalam. it
Harimau dahan mati dijerat ditemui di Gerik
Harimau dahan jantan yang berusia antara 8 hingga 10 tahun itu ditemui dalam keadaan kakinya tertusuk dawai jerat.