Rakyat terutama golongan muda diingatkan supaya membangkang secara demokrasi dan tidak sesekali mengangkat senjata jika tidak berpuas hati dengan mana-mana pihak terutamanya kerajaan.
Menteri Pertahanan Mohamad Sabu berkata banyak negara Islam musnah akibat perang saudara yang berpunca daripada tindakan keterlaluan yang akhirnya menyebabkan seluruh rakyat menderita.
"Kalau tak setuju dengan mana-mana pihak termasuk pemerintah, tak apa, sebab itu kita ada pembangkang, buatlah tunjuk perasaan, hantar memorandum tapi jangan sesekali angkat senjata dan buat alat-alat letupan.
"Terlibatlah (membangkang) dalam cara demokrasi, kalau mula angkat senjata, lihatlah kehancuran seperti di Iraq, Syria, Somalia, Afghanistan dan kehancuran di Libya, dulu eksport minyak sekarang eksport pelarian," katanya di sini, pada Khamis.
Beliau berucap pada majlis Perjumpaan dan Berbuka Puasa Bersama Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Zon Utara di Kem Lapangan Terbang di sini, pada Khamis.
Mohamad berkata semua pihak perlu terus menjaga keamanan dan ketenteraman negara serta menerima mana-mana parti yang menang pada pilihan raya umum sebagai pemerintah.
Katanya rakyat bebas untuk bercakap atau memberi pandangan dan sebagai menteri, beliau akan mendengar serta mengambil iktibar terhadap setiap teguran dengan penuh teliti.
Sementara itu, Mohamad berkata pihaknya akan terus berusaha untuk mengangkat martabat warga ATM kerana pasukan keselamatan merupakan kebanggaan negara.
"Bagi veteran ATM, kerajaan sentiasa kenang jasa veteran yang telah berkhidmat kepada negara dan pelbagai bantuan demi kebajikan mereka akan terus disalurkan," katanya.
Pada majlis tersebut, Mohamad menyampaikan cek berjumlah RM39,500 kepada lapan persatuan veteran ATM bagi zon Utara serta menyerahkan sumbangan wang tunai kepada 31 anak-anak yatim bekas perajurit.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 23 2019
Mohamad bersalaman dengan tetamu dan veteran yang hadir pada Majlis Perjumpaan Bersama Warga Veteran ATM Zon Utara di Padang Kawad Kem Lapangan Terbang Sungai Petani, 23 Mei, 2019. --fotoBERNAMA
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
WTF: Tang Jie-Ee Wei hampiri kejuaraan, cipta sejarah
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menghampiri gelaran juara Jelajah Dunia Akhir (WTF) Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas melangkah ke final edisi 2024 di Hangzhou, China, malam ini.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal - Fahmi
Kontroversi Jalur Gemilang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
SAPP umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Parti Maju Sabah (SAPP) mengambil keputusan secara rasmi menarik diri daripada gabungan politik Perikatan Nasional (PN).
Jenazah bayi beku: Polis rekod keterangan doktor
Polis telah merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
'Allosaurus' & 'Stegosaurus' dibida £12.4 juta pound
Tiga rangka dinosaur dari era Jurassic berjaya dibida dengan nilai 12.4 juta pound pada Khamis. Bidaan itu yang berlangsung di London melibatkan dua fossil Allosaurus yang dijual berpasangan berjumlah 8.1 juta pound atau bersamaan 10.3 juta dolar Amerika.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
Francois Bayrou dilantik Perdana Menteri baharu Perancis
Presiden Perancis, Emmanuel Macron, yang sedang berhadapan tekanan politik, semalam melantik sekutunya yang berhaluan tengah, Francois Bayrou, sebagai Perdana Menteri baharu bagi negara itu.
Penunjuk perasaan Korea Selatan berhimpun menjelang undi pemecatan Presiden kali kedua
Penunjuk perasaan berhimpun di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu.
Kyrgyzstan keluarkan Taliban daripada senarai organisasi pengganas
Kyrgyzstan mengeluarkan Taliban daripada senarai organisasi yang diharamkan, menurut Kementerian Luar Kyrgyz pada Jumaat, lapor Xinhua.
Afghanistan siap sedia sambut Aidiladha meski berdepan cabaran ekonomi
Kadar pengangguran dan kemiskinan yang tinggi mengurangkan kuasa beli rakyat Afghanistan secara drastik, menyukarkan mereka untuk melaksanakan ibadah korban.
Tehran dakwa penjajahan asing sebagai punca utama masalah Afghanistan
Punca masalah dan cabaran Afghanistan ialah pendudukan negara itu sebelum ini dan kurangnya perhatian terhadap pembangunan ekonominya oleh bekas penjajah.
Pilihan raya Pakistan: Perkhidmatan rangkaian mudah alih digantung, sempadan ditutup
Pihak berkuasa Pakistan menggantung perkhidmatan mudah alih dan menutup sempadan dengan negara jiran Afghanistan dan Iran selepas insiden pengeboman.
150,000 wanita dan sektor kesihatan, hak tidak diabaikan - Menteri Kesihatan Awam Afghanistan
Seramai 150,000 wanita berkhidmat dalam sektor kesihatan Afghanistan ketika ini dengan pelbagai cabang kepakaran.
Afghanistan ketika ini 100 peratus aman - Menteri Kesihatan Awam Afghanistan
Situasi di Afghanistan jauh lebih baik berbanding 20 tahun lalu yang menyaksikan ratusan orang maut akibat peperangan.
Afghanistan perlu raih semula penghormatan untuk membangun - Penganalisis
Afghanistan perlu memecahkan persepsi negatif terhadap negaranya dan meraih semula penghormatan komuniti antarabangsa untuk membangun.
Genosid di Gaza hancurkan 'kredibiliti' pertubuhan dunia - Afghanistan
Afghanistan mengutuk sekeras-kerasnya rejim Israel itu kerana meneruskan pengeboman yang membunuh ratusan rakyat Palestin sejak jeda kemanusiaan tamat pada Jumaat.
Gempa bumi landa barat laut Afghanistan, 100 cedera
Sekurang-kurangnya 100 orang cedera selepas satu lagi gempa bumi kuat berukuran 6.3 pada skala Richter menggegarkan barat laut Afghanistan pada Ahad.
80 cedera dalam gempa bumi kuat di Afghanistan
Menurut penduduk tempatan, kebanyakan mangsa yang cedera telah dibawa ke hospital.