awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Soraya Borhan juara Penyampai Emas SINAR 2026
Polis tahan warga emas disyaki terlibat kes kematian anjing liar
Agong berkenan rasmi penyempurnaan pemuliharaan BSAS Fasa 1
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bangladesh terima 14 pemerhati pilihan raya dari Malaysia

Bernama
Bernama
30/01/2026
23:40 MYT
Bangladesh terima 14 pemerhati pilihan raya dari Malaysia
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Datuk Seri Ramlan Harun. - Gambar fail/BERNAMA
NEW DELHI: Seramai 14 orang pasukan pemerhati Malaysia yang diketuai Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Datuk Seri Ramlan Harun akan memantau pilihan raya parlimen Bangladesh pada 12 Feb ini.
Sebanyak 57 pemerhati pilihan raya dari 16 negara dijangka berada di Bangladesh bagi menyaksikan pelaksanaan pilihan raya umum ke-13 negara itu serta referendum nasional mengenai piagam reformasi, lapor agensi berita negara Bangladesh Sangbad Sangstha.
Malaysia menghantar pasukan pemerhati pilihan raya terbesar, diikuti Turkiye yang menghantar 12 pemerhati.
Indonesia, Jepun, Bhutan dan Pakistan antara negara yang akan memerhati pilihan raya pertama selepas penyingkiran bekas perdana menteri Sheikh Hasina dalam kebangkitan besar-besaran yang dipimpin pelajar pada 2024.
Kumpulan Pemerhati Komanwel yang dianggotai 14 ahli, diketuai bekas Presiden Ghana Nana Akufo-Addo, turut termasuk bekas Pengerusi Bernama Senator Datuk Ras Adiba Radzi, menurut laporan media Bangladesh.
Pemimpin interim Bangladesh Muhammad Yunus optimis negara itu akan mencatat lembaran baharu dalam sejarah demokrasinya menerusi pilihan raya berkenaan.
"Referendum itu akan memberi peluang kepada rakyat untuk menyuarakan pandangan mereka dalam membentuk sistem kenegaraan masa depan, manakala pilihan raya Jatiya Sangsad (parlimen) membolehkan mereka memilih wakil yang sesuai untuk melaksanakan pandangan tersebut," katanya baru-baru ini.
Kira-kira 2,000 calon daripada puluhan parti politik bertanding bagi merebut 300 kerusi parlimen.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bangladesh
#Ramlan Harun
#pilihan raya parlimen Bangladesh
#pemerhati pilihan raya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan