awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bangsar lokasi terakhir warga UK dikesan sebelum dilaporkan hilang - Polis

Bernama
Bernama
04/06/2025
15:06 MYT
Bangsar lokasi terakhir warga UK dikesan sebelum dilaporkan hilang - Polis
Mayat seorang lelaki disyaki warga asing yang belum dikenal pasti identitinya ditemukan tertiarap di tapak pembinaan di Bangsar, petang Rabu. - Bernama
KUALA LUMPUR: Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Ku Mashariman Ku Mahmood mengesahkan lokasi terakhir lelaki warga United Kingdom (UK) dikesan sebelum dia dilaporkan hilang sejak 27 Mei lepas adalah di Bangsar di sini.
Susulan daripada laporan kehilangan Jordan Michael John Johnson-Doyle, 25, yang dibuat bapanya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields, 2 Jun lepas, Ku Mashariman berkata polis telah menjalankan operasi besar-besaran di sekitar lokasi terbabit.
"Pada 4 petang hari ini (Rabu) juga kita menjalankan operasi dengan seramai 30 anggota dikerah ke sebuah tapak pembinaan di Lorong Maarof dan pada 5 petang tadi, satu mayat telah dijumpai. Namun saya ingin menegaskan identiti mayat itu belum lagi kita dapat kenal pasti kerana proses (mengenal pasti identiti) tersebut akan mengambil sedikit masa.
"Tempat di mana mayat itu dijumpai agak tersorok dan berada di kawasan yang agak sukar untuk dibawa keluar. Jadi saya minta supaya semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi sama ada berkaitan dengan kehilangan orang hilang yang dilaporkan atau sebaliknya," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian di sini pada Rabu.
Tinjauan Bernama mendapati pasukan polis daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields dan Polis Kuala Lumpur serta anggota bomba daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pantai berada di tapak pembinaan itu.
Mayat dipercayai seorang lelaki warga asing itu ditemukan dalam keadaan tertiarap dengan pakaiannya sudah hampir terlucut di lubang Shaft Lif aras bawah di tapak pembinaan itu.
Ku Mashariman berkata kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) manakala punca kematian masih dalam siasatan.
Mayat dibawa keluar kira-kira 9.30 malam ini dan akan dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) proses bedah siasat dan pengecaman mayat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bangsar
#polis
#warga asing
#warga UK
#penemuan mayat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan