NATIONAL
Bangunan asrama Tahfiz Khairul Kalam di Shah Alam terbakar

Kejadian pukul 7.38 pagi itu menyebabkan peralatan seperti tilam dan katil di tingkat dua bangunan mengalami kerosakan.
27 pelajar sebuah pusat tahfiz di Seksyen 30, Shah Alam hilang tempat berteduh apabila asrama mereka terlibat dalam insiden kebakaran pagi tadi. Ketika kejadian, mereka sedang mengikuti kelas di tingkat bawah premis.
Kebakaran asrama Tahfiz Khairul Qalam di Jalan Kebun itu berlaku pukul jam 7.10 pagi.
Menurut pengetua sekolah itu, Iskandar Nasution Mohamad, api dipercayai bermula dari bahagian siling premis.
Beliau berkata menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), para pelajar akan ditempatkan sementara di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam. Difahamkan kerja membaik pulih asrama sedang disegerakan.
Sementara itu, Adun Sri Muda, Suhaimi Shafiei turut menghulurkan bantuan kecemasan berupa wang tunai RM4,000 dan makanan segera kepada pengurusan tahfiz.
Orang ramai boleh membuat sumbangan kepada akaun Maybank (162263346135) di bawah nama pengetua asrama, Iskandar Nasution Mohamad.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami