BESUT: Seorang pengarah syarikat Malee Beach Resort didenda RM150,000 kerana gagal mematuhi syarat pembinaan sehingga menyebabkan kematian dua buruh binaan pada 9 November tahun lepas.
Lee Boon Han, 55, membuat pengakuan bersalah itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Fadhli Mahmud di Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa.
Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa melanggar kewajipan sebagai kontraktor untuk memastikan keselamatan bangunan serta kerja pembinaan semasa projek dijalankan di resort berkenaan.
Tertuduh didakwa mendirikan bangunan dengan menggunakan lukisan konsep disediakan oleh pelukis bebas yang tidak boleh digunakan di dalam apa-apa projek pembinaan selain tidak mempunyai perakuan daripada perunding bertauliah.
Kertas pertuduhan juga antara lain menyebut tertuduh membina bangunan utama tanpa mendapatkan kelulusan pembinaan dan kebenaran merancang daripada Majlis Daerah Besut.
Selain itu, tertuduh tidak melaksanakan siasatan tanah di tapak bina bangunan dan tidak menyediakan laporan kesan alam sekitar bagi projek bangunan yang dibina.
Tertuduh juga melantik penyelia tapak yang tidak kompeten dan mengambil pekerja tidak mahir serta tidak memiliki apa-apa perakuan kemahiran serta akreditasi daripada Lembaga sebagai pekerja binaan.
Perbuatan tersebut mengakibatkan keseluruhan bangunan tiga tingkat yang sedang dibina tersebut runtuh dan menghempap tujuh pekerja dalam bangunan hingga menyebabkan kematian dua pekerja asing warga Indonesia iaitu Suparno dan Fathul Munir.
Sehubungan itu, tertuduh telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 34B (1) (c) Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia 1994 (Akta 520) dibaca bersama Seksyen 34D (1) akta yang sama.
Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh didenda RM500,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.
Pegawai Pendakwa, Muhammad Hafidz Hassan mencadangkan mahkamah supaya menetapkan denda maksimum sehingga RM500,000 dengan mengambil kira ia telah menyebabkan kematian pekerja selain mengambil kira faktor keselamatan dan kepentingan orang awam sekiranya mereka berada di lokasi kejadian runtuh itu.
Bagaimanapun, Peguam Hayder Yazid yang mewakili tertuduh pula memohon mahkamah menetapkan wang jaminan paling minimum atas alasan tertuduh mempunyai tanggungan anak kecil dan ibu yang sudah berusia 86 tahun.
Tertuduh juga telah mengambil tanggungjawab dengan membayar kos rawatan mangsa yang cedera dan menghantar urusan membawa balik mayat ke negara asal mencecah RM44,300 selain turut membayar kompaun kepada pihak berkuasa tempatan.
Mahkamah kemudian menetapkan denda sebanyak RM150,000 kepada tertuduh dan dikenakan enam bulan penjara sekiranya gagal membayar denda tersebut.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Jan 23 2024
Lee Boon Han (kanan) didenda RM150,000 kerana membina bangunan tanpa kebenaran sehingga ia runtuh dan menyebabkan kematian dua orang pekerjanya dalam kejadian 9 Nov tahun lepas. - Foto Bernama
TH peruntuk 30 juta riyal untuk kos makanan jemaah haji tahun ini
Sebanyak SAR30 juta diperuntukkan bagi kos penyediaan dua juta pek makanan kepada 31,600 jemaah sepanjang musim haji tahun ini.
'Jemaah haji ialah VIP, perlu dilayan sebaiknya' - Cef Anas
Cef Anas anggap tugas memasak untuk 31,600 jemaah Malaysia di Tanah Suci sebagai jihadnya.
Pesawat turun mendadak kurang dari 10 saat - Penumpang SIA
Salah sorang penumpang pesawat penerbangan Singapore Airlines (SIA) yang mengalami keadaan gelora udara (turbulent) kuat, Dzafran Azmir memberitahu kejadian berlaku dengan sangat pantas.
Haji 2024: Makanan disaring ketat sebelum diedar kepada 31,600 jemaah
TH tidak berkompromi aspek keselamatan makanan bermula daripada penyediaan dan penyajian sehingga kepada penghantaran.
Wanita maut, motosikal dilanggar lori
Mangsa mengalami kecederaan di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
AWANI Pagi: Tak nak kena tipu beli kereta terpakai?
Kelahiran SCRUT yang membongkar penipuan gred dan kondisi kereta import terpakai (kereta recond) telah tular dan memberi impak yang sangat baik kepada industri automotif. Buat masyarakat, ia sesuatu yang baik, manakala buat penjual yang tidak jujur, ia mimpi ngeri. Nak tahu perkongsian lebih lanjut, jangan terlepas tonton #AWANIPagi.
#AWANInews
#AWANInews
Putin puji hubungan Rusia dengan Iran
Putin juga memberi jaminan akan memastikan hubungan baik dengan republik itu berterusan.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Selamat Hari Wesak
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menzahirkan ucapan selamat Hari Wesak kepada semua penganut agama Buddha di negara ini.
Penganut agama Buddha sambut Hari Wesak hari ini
Hari Wesak disambut dengan menyalakan colok dan lilin berbentuk bunga teratai, menabur bunga dan memandikan patung Buddha.
AWANI Ringkas: PM hadiri Persidangan Nikkei
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pengarah syarikat mengaku tidak bersalah guna diesel tanpa permit
Seorang pengarah syarikat mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menggunakan barang kawalan iaitu diesel lebih 19,000 liter tanpa permit.
Tiga pengarah syarikat didakwa terlibat pengubahan wang haram RM10.2 juta
Tiga pengarah syarikat penerbitan buku mengaku tidak bersalah atas lapan tuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM10.2 juta.