awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir: 12 kawasan di KL terkesan, 4 pusat pemindahan disediakan - DBKL

Kenyataan Media
Kenyataan Media
19/12/2021
04:30 MYT
Banjir: 12 kawasan di KL terkesan, 4 pusat pemindahan disediakan - DBKL
DBKL telah melantik pihak IKRAM untuk membuat kajian bagi mengenal pasti tindakan penyelesaian yang sesuai untuk dilaksanakan. - Gambar Bernama
KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melalui siasatan tapak dan aduan yang diterima mengenai banjir kilat, mendapati terdapat beberapa lokasi di ibu negara Kuala Lumpur sedang mengalami banjir kilat.
Kawasan – kawasan yang terlibat adalah:
i. Kampung Periuk, Kampung Bharu, ii. kawasan Lorong Raja Mahadi, Kampung Bharu,
iii. kawasan Jalan Melaka berhampiran dengan Bank Muamalat, iv. kawasan Jalan Batu Bata dan Jalan Rahmat berhampiran PWTC, v. kawasan Sungai Besi berhampiran Stesen LRT Sungai Besi , vi. kawasan Kampung Delima, vii. kawasan Jalan Raja Chulan, viii. kawasan Kampung Pasir, ix. kawasan Lorong Jambu Laut, Jinjang, x. kawasan Kampung Kassipillay, Sentul xi. kawasan Kampung Chubadak, Sentul dan xii. kawasan Kampung Kolam Air berhampiran Sekolah Maxwell Jalan Ipoh.
Sehubungan dengan itu, DBKL telah membuka Bilik Gerakan Bencana bertempat di Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut.
DBKL telah menggerakkan anggota penyelamat daripada pelbagai agensi sahabat seperti Jabatan Pengairan dan Saliran Wilayah Persekutuan, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Polis DiRaja Malaysia, RELA dan jabatan dalaman DBKL untuk melancarkan lagi operasi bantuan dan menyelamat mangsa banjir.
Jumlah keseluruhan kekuatan anggota penyelamat dan bantuan setakat ini ialah seramai 640 orang.
Ketika ini, pusat pemindahan banjir adalah di lokasi seperti berikut :
i. Dewan Sultan Sulaiman bagi pemindahan penduduk Kampung Periuk, Kampung Bharu; ii. Dewan Jalan Hamzah bagi pemindahan penduduk dari kawasan Jalan Raja Mahadi Kampung Bharu; iii. SJK Tamil Saraswati Lembah Pantai bagi pemindahan penduduk Kampung Pasir; dan iv. Dewan Komuniti Sentul bagi pemindahan Kampung Kolam Air dan Kampung Kasipillay
Jumlah keseluruhan penduduk yang terlibat dengan pemindahan setakat ini adalah seramai 500 orang.
Terdapat kerosakan jalan di Jalan Tuanku Abdul Halim dan akan dibaiki serta merta. Kontraktor dijangka masuk ke tapak pada pagi ini.
Manakala insiden tanah runtuh telah berlaku di beberapa tempat iaitu:
i. Lorong Bukit Pantai, Lingkungan Negeri Sembilan, Bukit Persekutuan ii. Bukit Ledang, Bukit Damansara. iii. Jalan Durian 3, Cheras iv. Bukit Pantai v. Jalan 2/98, Taman Supreme vi. Lot 2979, Jalan Penchala Indah vii. No 263, Taman Damansara Indah viii. Bangsar Indah Condominium ix. Jalan Kelantan, Bukit Persekutuan x. Jalan Bukit Ledang, Damansara xi. Jalan Pantai permai, Pantai Hillpark
Bagi menangani masalah ini, DBKL telah melantik pihak IKRAM untuk membuat kajian bagi mengenalpasti tindakan penyelesaian yang sesuai untuk dilaksanakan oleh DBKL.
Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim turut memantau keadaan banjir di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Beliau turut menyelaras segala bantuan yang akan dikeluarkan oleh agensi-agensi berkaitan.
Topic Berkaitan
#DBKL
#banjir
#Jabatan Kebajikan Masyarakat
#mangsa banjir
#Kuala Lumpur
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan