RAUB:Sebanyak 172 jalan persekutuan dan 97 jalan negeri di seluruh negara dilaporkan terjejas sehingga kini, susulan banjir yang melanda beberapa negeri.
Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata jumlah itu merangkumi jalan di enam negeri iaitu Pahang, Perak, Terengganu, Johor Bharu, Kelantan dan Selangor.
"Jumlah itu termasuk empat jalan runtuh, tiga dilaporkan mendap dan dua jambatan runtuh.
"Bagi lokasi bencana, terdapat 174 kawasan membabitkan dua kawasan banjir kilat, 153 dilanda banjir dan 10 cerun runtuh dan lain-lain," katanya kepada Bernama selepas meninjau kesan banjir di Ulu Dong, Raub di sini.
Dalam pada itu, katanya, Kementerian Kerja Raya (KKR) akan meneliti perancangan dan pelaksanaan pembangunan secara mampan, dengan mengambil kira impak perubahan cuaca ekstrem.
Beliau berkata penelitian itu merangkumi pelaksanaan projek pembangunan akan datang, dan penyelenggaran struktur yang sedia ada.
Ketika ini, kata beliau KKR menerusi agensinya sentiasa memantau kerja-kerja penyelenggaran dan baik pulih infrastruktur sedia ada, khususnya melibatkan struktur jambatan.
Mengenai lawatan itu, Fadillah berkata susulan jambatan Jalan Lenchar yang menghubungkan tiga kampung dan perumahan PRIMA Lenchar di situ, runtuh akibat banjir, Angkatan Tentera Malaysia bersetuju untuk membina jambatan sementara.
Jelas beliau, pemasangan jambatan sementara atau 'compact bailey' dipasang semalam dan dijangka siap tengah hari ini.
Seramai 500 penduduk di Kampung Lenchar, Kampung Tanjung Putus dan Kampung Bukit Kemuning serta perumahan PRIMA Lenchar, yang terputus hubungan selepas satu-satunya jambatan disini runtuh akibat banjir.
Terdahulu, Fadillah turut melawat lokasi tanah runtuh di laluan FT 218, Seksyen 3.0 Jalan Bentong-Raub yang dipercayai berpunca daripada arus air deras yang mengalir dari lokasi pembukaan hutan berdekatan kawasan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 06 2021

FADILLAH: Bagi lokasi bencana, terdapat 174 kawasan membabitkan dua kawasan banjir kilat, 153 dilanda banjir dan 10 cerun runtuh dan lain-lain. -Gambar fail

Polis siasat dakwaan pesakit COVID-19 langgar kuarantin, bebas ke tempat awam
Menerusi Twitter, pesakit itu memberitahu ada keluar ke tempat umum beberapa kali, termasuk untuk membeli belah dan membeli makanan.

Warga emas gelang merah jambu habis minyak ketika ke hospital - Polis
Warga emas terbabit terpaksa berhenti untuk mengisi minyak di Masjid Tanah, sebelum dirakam seorang individu dan ditularkan.

"Ini adalah berita palsu" - Tok Mat nafi dipilih sebagai calon PM
Beliau dalam perkongsian di laman Twitter dan Instagram menafikan dakwaan berkenaan yang mengatakan beliau adalah calon PM bagi PRU ke 15.
![AWANI 7:45 [23/01/2021]: Ibu pejabat KWSP ditutup mulai Isnin AWANI 7:45 [23/01/2021]: Ibu pejabat KWSP ditutup mulai Isnin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/TranscodedFile/37904382971611494717173/1887052_9774204491611495043662_640x360.jpg)
AWANI 7:45 [23/01/2021]: Ibu pejabat KWSP ditutup mulai Isnin
Saksikan #AWANI745 untuk mendapatkan berita terkini dalam dan luar negara bersama penyampai Luqman Hariz dan Jasmine Abu Bakar Fokus #AWANI745: - PKP tidak lagi sesuai di semua sektor ekonomi - Benarkah Eurocham Malaysia ada agenda? - Mahu laksana PdPR tetapi jurang digital bertaraf kampung #Darurat #HapusCOVID19 #PolitikMalaysia

AWANI Ringkas: COVID-19: 3,346 kes baharu, 11 kematian | PKPD di Penjara Bentong, kuarters kakitangan

AWANI Ringkas: COVID-19: Ibu pejabat KWSP ditutup mulai esok | Tidak patuh SOP, 15 penjaja dirarah tutup kedai

5 langkah mudah jana kod QR My Sejahtera, mudahkan pendaftaran pada Tahun Baharu Cina
Dengan cara ini, urusan pendaftaran ahli keluarga terdekat ketika berkunjung ke rumah sempena sambutan itu lebih mudah dan efisien.

Pasar Borong Pandan ditutup seminggu berikutan kes COVID-19
Pasar terbabit akan beroperasi semula selepas kerja-kerja sanitasi selesai dilakukan mengikut tarikh ditetapkan.

Cabaran COVID-19 | Ibu bapa dan anak-anak perlu tumpu pelajaran
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta ibu bapa terus memberi perhatian kepada pelajaran anak-anak mereka ketika negara berdepan pandemik COVID-19. Waktu yang terluang perlu dimanfaatkan dengan mengulang kaji pelajaran dan membaca buku. Selaras dengan sambutan Hari Pendidikan Sedunia, beliau berharap, pelajar bijak membahagikan masa belajar terutama pada waktu terluang.

Pinda Akta 355 | Islam lebih mendidik daripada menghukum
Untuk memberi kesedaran kepada golongan lesbian, gay, bisexsual dan transgender, LGBT supaya mereka kembali ke pangkal jalan. Menurut Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (agama) Ahmad Marzuk Shaary pendekatan mendidik itu lebih diutamakan daripada menghukum golongan berkenaan.

Lelaki sanggup lepaskan kereta kesayangan untuk beramal
Lelaki tersebut yang dikenali sebagai Zam menyerahkan kereta itu yang baru sahaja dibaiki, melibatkan kos sehingga RM15,000.

Wanita UMNO konsisten sokong pendirian parti, fokus bantu rakyat
Pergerakan Wanita UMNO terus konsisten menyokong pendirian parti termasuk kehendak presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mahukan parti itu fokus memberi bantuan kepada rakyat yang terkes

Sabah perlu RM150 juta baik pulih jalan rosak - Bung Moktar
Bung Moktar berkata, peruntukan itu membabitkan lebih 100 jalan rosak termasuk jambatan runtuh akibat kejadian banjir.

Sukarelawan Jengka berkampung bantu mangsa banjir Pahang
Operasi bantuan itu berlangsung selama dua hari melibatkan 10 kenderaan pacuan empat roda dan sebuah van.

Banjir Sabah: Hanya dua PPS di Kota Belud dan Beaufort masih dibuka
Hanya dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka membabitkan daerah Kota Belud dan Beaufort, hari ini.

Mangsa banjir Sabah turun mendadak kepada 94 orang malam tadi
Hanya dua pusat pemindahan sementara masih dibuka iaitu Dewan Mohd Dun Banir di Beaufort dan Dewan Kampung Song-Song, Kota Belud.

Banjir Sabah: Jumlah mangsa menurun kepada 352 orang
Daerah Papar merupakan yang terkini pulih dari banjir.

Tiada aktiviti pembalakan pada musim tengkujuh - Perhutanan Kelantan
Jabatan Perhutanan Kelantan mengesahkan tiada aktiviti penerokaan tanah dan pembalakkan pada musim tengkujuh dan banjir baru-baru ini.

Banjir Sabah: Bilangan mangsa di PPS semakin menurun
Jumlah PPS yang beroperasi setakat malam tadi kekal enam, membabitkan empat daerah.

Keperluan lanjutkan BKSS akan ditentukan sebuah jawatankuasa - Abang Johari
Keperluan untuk melanjutkan pakej Bantuan Khas Sarawakku Sayang 5.0 akan dipantau sebuah jawatankuasa sekiranya penularan COVID-19 masih berlarutan di Sarawak.