awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir: 180 pegawai, anggota APM dari sembilan negeri digerakkan ke Johor

Bernama
Bernama
05/03/2023
10:47 MYT
Banjir: 180 pegawai, anggota APM dari sembilan negeri digerakkan ke Johor
Seramai 180 pegawai dan anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) dari sembilan negeri telah digerakkan ke Johor berikutan banjir yang melanda negeri itu sejak Rabu lepas. - Gambar fail/APM
BACHOK: Seramai 180 pegawai dan anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) dari sembilan negeri telah digerakkan ke Johor berikutan banjir yang melanda negeri itu sejak Rabu lepas.
Negeri yang terlibat itu adalah Perak, Terengganu, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Melaka, Pulau Pinang, Kedah, Negeri Sembilan dan Pahang.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali berkata kesemua petugas APM berkenaan ditempatkan di tiga daerah iaitu Batu Pahat, Segamat dan Muar.
"Memandangkan situasi banjir di Johor agak serius, APM turut memberi bantuan dari segi aset dan logistik bagi membantu mangsa yang terkesan.
"Antaranya, enam unit lori, 12 pacuan empat roda, 14 bot, satu set generator dan 23 jaket keselamatan diberikan dalam penugasan setakat ini," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pentauliahan Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (Kor Sispa) Peringkat Kebangsaan Kali ke-13 Tahun 2022 di Universiti Malaysia Kelantan Kampus Bachok, di sini hari ini.
Beliau turut memuji tindakan awal mangsa banjir untuk menyelamatkan diri dengan berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) tanpa menunggu bantuan daripada pihak berkuasa tiba.
"Untuk rekod, jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di PPS pada Monsun Timur Laut 2022/2023 mengalami peningkatan drastik iaitu 183,454 orang setakat ini berbanding 181,907 pada MTL sebelum ini," katanya.
Sementara itu, mengenai majlis pentauliahan berkenaan Armizan berkata pembabitan belia di Institut Pengajian Tinggi (IPT) dan Institut Pendidikan Guru (IPG) menerusi Kor Sispa merupakan antara komponen utama dalam APM bagi memperkasakan penglibatan orang awam sebagai sukarelawan di peringkat nasional, negeri mahupun daerah.
"Mereka ini akan bertindak sebagai 'first responder' yang terlatih bagi menghadapi acaman bencana dan kecemasan," katanya.
Pada majlis itu, seramai 902 Pegawai Kadet Sispa daripada Kor Sispa IPT dan IPG di seluruh negara ditauliahkan dengan pangkat Leftenan Muda Pertahanan Awam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bencana banjir
#angkatan pertahanan awam
#anggota APM
#mangsa banjir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan