awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR - Menteri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir: 23,000 laporan kerosakan diterima berkaitan aset polis Kelantan

Bernama
Bernama
20/12/2024
13:29 MYT
Banjir: 23,000 laporan kerosakan diterima berkaitan aset polis Kelantan
Kerosakan itu antaranya membabitkan kenderaan, balai dan pondok polis serta pos Pasukan Gerakan Am (PGA). - Bernama
KOTA BHARU: Polis Kelantan menerima 23,000 laporan kerosakan melibatkan aset milik pasukan keselamatan akibat bencana banjir baru-baru ini, kata Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat.
Beliau berkata kerosakan itu antaranya membabitkan kenderaan, balai dan pondok polis serta pos Pasukan Gerakan Am (PGA) dengan kerugian dianggarkan bernilai RM2.1 juta berdasarkan penilaian oleh pihak Jabatan Kerja Raya.
"Bencana banjir telah menyebabkan banyak balai polis ditenggelami seperti di daerah Pasir Mas dan Tumpat.
"Selain itu, kita turut menerima laporan tujuh kes jenayah di pusat pemindahan sementara (PPS)," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan sumbangan banjir di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini hari ini.
Pada majlis itu Tengku Mahkota Kelantan Tengku Muhammad Fakhry Petra berkenan menyerahkan sumbangan kepada warga Polis Diraja Malaysia yang terjejas.
Baginda turut berkenan mendengar taklimat ringkas berkaitan perkembangan terkini banjir oleh Mohd Yusoff.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Polis Kelantan
#laporan kerosakan
#aset polis
#banjir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan