awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir: 299 orang masih berlindung di empat PPS di tiga negeri

Bernama
Bernama
24/09/2023
02:30 MYT
Banjir: 299 orang masih berlindung di empat PPS di tiga negeri
Jumlah mangsa banjir di Beaufort kekal dengan 228 mangsa daripada 72 keluarga, ditempatkan di PPS Dewan Selagon. - Facebook APM Beaufort
KUALA LUMPUR: Seramai 299 mangsa banjir masih berlindung di empat pusat pemindahan sementara (PPS), di tiga negeri yang terjejas setakat 9 pagi ini.
Di Perak, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dalam kenyataan memaklumkan, jumlah mangsa banjir meningkat kepada seramai 38 orang pagi ini berbanding 35 mangsa daripada lapan keluarga malam tadi, dan masih ditempatkan di PPS Sekolah Rendah Kebangsaan Changkat Lobak di daerah Kerian.
Di Sabah, JBPN memaklumkan jumlah mangsa banjir di Beaufort kekal dengan seramai 228 mangsa daripada 72 keluarga, masih ditempatkan di PPS Dewan Selagon, pagi ini.
"Kesemua mangsa merupakan dari lima kampung di Beaufort yang terjejas akibat banjir," menurut kenyataan itu.
Keadaan sama direkodkan di Sarawak, dengan jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di dua PPS di Limbang kekal 33 orang daripada tujuh keluarga, setakat pagi ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#mangsa banjir
#Beaufort
#PPS
#banjir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan