awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Enam murid di Kota Tinggi disahkan hidap tibi
Bekas kapten Terengganu Zulharisam Awang meninggal dunia
UK lapor 36 kes berisiko keracunan susu formula bayi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir: 31 sekolah di Johor tidak akan mulakan sesi persekolahan esok

Astro Awani
Astro Awani
08/01/2022
07:57 MYT
Banjir: 31 sekolah di Johor tidak akan mulakan sesi persekolahan esok
Sebanyak 31 buah sekolah di Johor tidak akan dapat menjalani sesi persekolahan penggal ketiga yang bermula esok kerana dijadikan PPS selain terdapat sekolah yang masih dinaiki air. - Gambar fail
PASIR GUDANG: Sebanyak 31 buah sekolah di Johor tidak akan dapat menjalani sesi persekolahan penggal ketiga yang bermula esok kerana masih terkesan akibat banjir.
Ia berikutan sekolah-sekolah berkenaan dijadikan pusat pemindahan sementara (PPS) selain terdapat sekolah yang masih dinaiki air.
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya negeri, Mazlan Bujang berkata, sebanyak 23 buah sekolah dijadikan pusat pemindahan sementara (pps) sementara baki lapan buah sekolah lagi dilaporkan dinaiki air.
"Sekolah-sekolah yang tidak jadi PPS tetapi masih dinaiki air (pula) akan sambung ditutup sehingga kerja pembersihan selesai.
“(Sementara) sekolah yang tidak terlibat (sebagai PPS dan dinaiki air) (akan beroperasi) macam biasa… cuma dalam kelas itu kita buat penjarakan sosial seperti (patuhi) arahan SOP (prosedur operasi standard)," jelas Mazlan.
Beliau berkata demikian selepas Majlis Penutup Festival Permainan Tradisional Negeri Johor di sini, hari ini. Jumlah PPS melibatkan sekolah yang dijangka masih beroperasi sehingga esok membabitkan lapan buah sekolah di Segamat dan Tangkak, lima buah sekolah (Muar) dan dua buah sekolah (Batu Pahat).
Sementara jumlah sekolah yang dinaiki air yang melibatkan empat buah sekolah di Tangkak, tiga buah sekolah (Segamat) dan sebuah sekolah (Muar) juga tidak akan memulakan sesi persekolahan esok.
Dalam masa sama, Mazlan berkata, sesi persekolahan bagi lapan buah sekolah yang terjejas akibat bencana hanya akan bermula sebaik keadaan banjir pulih.
Terdahulu, media melaporkan sebanyak 1,184 buah sekolah di negeri ini dijadualkan menjalani sesi persekolahan penggal 3, 2021/2022 esok mengikut jadual yang ditetapkan Kementerian Pendidikan.
Topic Berkaitan
#banjir
#31 sekolah di Johor
#sesi persekolahan
#PPS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan