KEMAMAN:Jumlah mangsa banjir di Terengganu sedikit menurun pada Isnin dengan menyaksikan empat daerah masih terjejas.
Sehingga jam 8 pagi ini, seramai 7,780 mangsa masih berada di pusat pemindahan berbanding 8,015 mangsa pada jam 10 malam tadi.
Sebanyak 53 pusat pemindahan sementara (PPS) juga masih diaktifkan di daerah Kemaman, Dungun, Setiu dan juga Hulu Terengganu.
Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Leftenan Kolonel (PAS) Che Adam A. Rahman berkata 6,865 mangsa masih terjejas di Kemaman.
Katanya, sehingga hari kelima, gelombang banjir yang melanda daerah Kemaman terus mendominasi mangsa tertinggi.
Susulan itu, 1,570 keluarga yang terjejas sejak Khamis lalu masih ditempatkan di 31 PPS.
Manakala daerah Dungun yang merekodkan 738 mangsa yang terjejas pada malam tadi meningkat kepada 807 mangsa.
Sebanyak 18 PPS diaktifkan bagi menempatkan 226 buah keluarga yang terjejas.
Manakala di Hulu Terengganu seramai 97 mangsa melibatkan 23 keluarga masih berada di tiga buah PPS.
Dalam pada itu, jumlah mangsa di daerah Setiu kekal dengan 11 mangsa melibatkan tiga keluarga.
Sebuah PPS di balai raya lama Kampung Bukit Nenas diaktifkan bagi menempatkan kesemua mangsa.
Nur Fazlizai Ali
Mon Dec 21 2020

Sehingga jam 8 pagi ini, seramai 7,780 mangsa masih berada di pusat pemindahan berbanding 8,015 mangsa pada jam 10 malam tadi. -Gambar fail

COVID-19: Setahun selepas perintah berkurung, kehidupan di Wuhan kembali normal
Bandar Wuhan yang merupakan wilayah pertama di dunia yang dikuatkuasakan perintah berkurung akibat COVID-19 kini kembali normal dengan aktiviti ekonomi dan sosial berjalan seperti biasa.

COVID-19: Slovakia sasar hampir semua rakyat lakukan ujian saringan
Ujian saringan tidak diwajibkan, namun bermula Khamis lepas, rakyat Slovakia perlu menunjukkan keputusan negatif COVID-19 sebelum masuk ke tempat kerja.

COVID-19: Kes positif global 98.53 juta, angka korban 2.11 juta
Susulan ratusan ribu kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam, angka kumulatif global kini sebanyak 98.53 juta kes.

Dua warga emas ditemui mati di Sarawak
Kedua jasad yang ditemui oleh pihak bomba itu berada di lokasi yang berbeza iaitu satu di bumbung bangunan kerajaan, manakala satu di sungai.

Rakyat Malaysia antara 7 pakar dipilih anggotai badan kesihatan ulung di Jepun
Dr Dhesi Baha Raja berkongsi kegembiraan dipilih sebagai salah seorang penasihat Mitsubitshi Centre of Global Health Architecture

Bangkai gajah pygmy dipotong, disiat ditemukan di Tongod, Sabah
Bangkai haiwan dilindungi itu ditemukan oleh pekerja ladang berkenaan dekat Kampung Imbak pada pagi Rabu lepas, dalam keadaan reput dipercayai mati selama empat atau lima hari.

COVID-19: Thailand perketat kawalan di sempadan Thailand-Malaysia
Penularan COVID-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di Malaysia telah menyebabkan migran berhasrat pulang ke kampung halaman.

16 nelayan Vietnam ditahan APMM
Anggota APMM yang membuat rondaan menggunakan Kapal Maritim (KM) Langkawi berjaya menahan mereka pada jarak 93 dan 118 batu nautika dari timur laut Kuala Terengganu kira-kira pukul 4 petang, Jumaat.

Perarakan pedati Thaipusam ke Batu Caves dibenarkan dengan bersyarat - Annuar Musa
Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa mengumumkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) meluluskan perarakan pedati yang membawa arca Dewa Murugan sempena perayaan Thaipusam.

Operasi Bomba | Mayat lelaki dijumpai hanyut dekat Pantai Dalam
Mayat seorang lelaki ditemui hanyut di laluan sungai berhampiran Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Limau, Pantai Dalam di ibu negara. Menurut Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II, Ramli Mohamad, Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan pada 12.24 tengah hari Sabtu.

Lapan daripada 11 kluster baharu babitkan kluster tempat kerja
Setakat semalam (22 Januari), sejumlah 350 kluster baharu telah dilaporkan, dengan 225 kluster (64.3 peratus) merupakan kluster berkaitan tempat kerja.

Sembilan lembu mati bergelimpangan dirempuh kenderaan di LPT2
Kenderaan dipandu mangsa gagal mengelak sekumpulan lembu yang berada di tengah lebuh raya berkenaan sebelum melanggar beberapa ekor lembu terbabit.

Guru agama dipenjara lakukan amang seksual terhadap terhadap budak perempuan 11 tahun
Seorang guru agama dihukum penjara enam tahun selepas didapati bersalah melakukan amang seksual terhadap kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun.

Ahmad Said dan isteri positif COVID-19
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said serta isterinya, Toh Puan Seri Norliza Mahmud disahkan positif COVID-19.

Banjir di Terengganu pulih sepenuhya, semua PPS ditutup
Situasi banjir di dua daerah di Terengganu pulih sepenuhnya apabila kesemua 17 PPS telah ditutup secara berperingkat dan semua mangsa dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Banjir: Terengganu sedia hadapi sebarang kemungkinan
Kesemua agensi yang berkaitan sudah melakukan persiapan bagi menghadapi banjir setiap kali musim tengkujuh khususnya di daerah Kemaman.

Banjir: Pesakit kanser bimbang selepas rumah dilimpahi air
Pesakit barah tulang bimbang selepas kediamannya dimasuki air banjir sehingga paras lutut.

Banjir: Tidak mampu bergerak sendiri, tukang rumah diselamatkan bomba
Tukang rumah terlantar sakit dipindahkan ke PPS dengan bantuan bomba selepas rumahnya di Kemaman dinaiki air banjir.

Banjir di Terengganu semakin buruk, lebih 10,000 dipindahkan
Situasi banjir di pantai Timur terutama di Kemaman, Terengganu semakin buruk malam ini apabila air mula memenuhi bandar Chukai dengan lebih 10,000 orang dipindahkan.

Mangsa banjir di Pahang, Terengganu terus meningkat, Johor pula menurun
Di Pahang, jumlah mangsa banjir terus meningkat pada malam tadi kepada 3,979 orang daripada 1,223 keluarga berbanding 3,273 orang daripada 902 keluarga yang ditempatkan di PPS petang Ahad.