awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir: 752 daripada 1,028 infrastruktur komunikasi terjejas selesai dibaik pulih - MCMC

Astro Awani
Astro Awani
25/12/2021
11:16 MYT
Banjir: 752 daripada 1,028 infrastruktur komunikasi terjejas selesai dibaik pulih - MCMC
Antara infrastruktur komunikasi yang terjejas akibat banjir besar yang melanda adalah di Kelantan, Negeri Sembilan, Pahang, Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur. - Gambar/ MCMC
KUALA LUMPUR: Sebanyak 752 daripada 1,028 infrastruktur komunikasi yang terjejas akibat banjir baru-baru ini telah dibaik pulih sehingga hari ini.
Jurucakap Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam satu kenyataan berkata, jumlah itu bersamaan 73 peratus daripada jumlah keseluruhan lokasi yang terjejas.
"Baki 276 lokasi menara komunikasi kini masih dalam proses baik pulih," katanya dalam kenyataan itu.
Antara infrastruktur komunikasi yang terjejas akibat banjir besar yang melanda adalah di Kelantan, Negeri Sembilan, Pahang, Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur.
Berikut merupakan jumlah lokasi menara komunikasi yang terjejas:
Jumlah lokasi menara komunikasi yang terjejas.
Jumlah lokasi menara komunikasi yang terjejas.
Jumlah lokasi menara komunikasi yang terjejas.
Jumlah lokasi menara komunikasi yang terjejas.
Selain itu, katanya terdapat 25 buah Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) turut terjejas, antaranya di Pahang, Selangor dan Negeri Sembilan.
"Kini, 13 PEDi telah beroperasi seperti sedia kala dan 12 PEDi masih di dalam proses baik pulih," katanya.
Katanya, sehingga hari ini tiada kes insiden melibatkan infrastruktur komunikasi yang mengancam keselamatan orang ramai yang dilaporkan oleh pemberi perkhidmatan.
"Pihak MCMC dan penyedia perkhidmatan akan terus bekerjasama dalam memastikan perkhidmatan telekomunikasi akan beroperasi sepenuhnya tidak lama lagi," katanya.
Topic Berkaitan
#Banjir 2021
#MCMC
#Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
#infrastruktur komunikasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan