KUANTAN:Seramai 79 pelancong yang terkandas di Taman Negara, Jerantut, kira-kira 170 kilometer dari sini, berjaya dikeluarkan sebelum dihantar ke ibu negara lewat petang semalam.
Setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Kemakmuran Kampung (JKKK) Kuala Tahan, Sabri Abdullah berkata kesemua mereka adalah pelancong yang mendaftar masuk di empat resort di Taman Negara semasa cuti hujung tahun.
"Kebanyakan mereka sepatutnya mendaftar keluar pada 31 Dis lepas, namun paras sungai yang naik mendadak dan melimpah di lima kawasan dalam Taman Negara menyebabkan keadaan tidak selamat untuk mereka menaiki bot untuk keluar.
"Mereka berada dalam jagaan pengusaha resort masing-masing sepanjang terkandas, namun keadaan semakin buruk apabila banjir berlarutan menyebabkan bekalan bahan mentah semakin berkurangan dan bekalan air bersih mula terputus," katanya semasa dihubungi di sini hari ini.
Sabri berkata daripada jumlah pelancong itu, seramai 15 orang adalah pelancong asing yang menetap di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Ipoh, Perak.
Katanya, inisiatif membawa keluar pelancong itu dibuat selepas penduduk mendapat berita hujan di bahagian hulu berterusan selama enam jam, sekali gus berisiko menyebabkan banjir menjadi lebih buruk dan membahayakan nyawa pelancong.
Keadaan itu menyebabkan JKKK Kuala Tahan menghubungi Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Jerantut meminta bantuan membawa keluar pelancong berkenaan.
Selain penduduk kampung, turut terlibat dalam operasi itu ialah polis, bomba dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Jerantut Supt Mazlan Hassan semasa dihubungi berkata operasi pemindahan berjalan lancar dan ditamatkan sekitar jam 7 malam tadi.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 07 2021
Inisiatif membawa keluar pelancong itu dibuat susulan berita hujan di bahagian hulu berterusan selama enam jam, sekali gus berisiko menyebabkan banjir menjadi lebih buruk dan membahayakan nyawa. - BERNAMA
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara institut pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam AI.
Sejauh mana gelombang pergolakan pasaran akan berlaku?
Bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof berkongsian penilaian terhadap prospek ekonomi negara di tengah-tengah cabaran global dan domestik.
Misteri 'fenomena UFO' undang resah
Rangkaian media melaporkan insiden itu turut mencetuskan pelbagai spekulasi dan teori konspirasi di platform media sosial.
Panduan Belanjawanku 2024/2025: Panduan nilai pendapatan cukup untuk hidup
Hafidzi Razali, Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif Strategic Counsel, membincangkan Panduan Belanjawanku 2024/2025 dan Rangka Kerja Kecukupan Pendapatan Persaraan (RIA) untuk membantu rakyat Malaysia merancang kewangan dengan lebih baik.
AWANI Ringkas: Kerosakan jalan dan cerun kerana banjir
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 13 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 13 Disember 2024
1️⃣ Kerosakan jalan dan cerun kerana banjir
2️⃣ Isu kadar premium insurans
3️⃣ Krisis Syria
#awaniringkas
1️⃣ Kerosakan jalan dan cerun kerana banjir
2️⃣ Isu kadar premium insurans
3️⃣ Krisis Syria
#awaniringkas
Tambah kuota haji: Mohamad sampaikan permohonan Malaysia
Malaysia telah menyampaikan permohonan kepada Arab Saudi agar kuota haji negara dapat ditambah.
Niaga SPOTLIGHT: The Generational Wealth Revolution – Millennials & Gen Z Redefining Wealth
By 2045, a staggering USD 84 trillion will move from the hands of Baby Boomers to Millennials and Gen Z in a massive generational transfer of wealth.
Millennials and Gen Z are emerging as both creators and inheritors of wealth, shaping a future where investing is driven by technology, values, and global perspectives.
NIAGA SPOTLIGHT features Nirbhay Handa, Co-Founder & CEO, Multipolitan, delving into how technology, sustainability, and value-driven investing is reshaping wealth management for younger generations and its impacts on the wealth management landscape.
Millennials and Gen Z are emerging as both creators and inheritors of wealth, shaping a future where investing is driven by technology, values, and global perspectives.
NIAGA SPOTLIGHT features Nirbhay Handa, Co-Founder & CEO, Multipolitan, delving into how technology, sustainability, and value-driven investing is reshaping wealth management for younger generations and its impacts on the wealth management landscape.
Kerajaan Syria gantung Perlembagaan, Parlimen tiga bulan
Satu jawatankuasa kehakiman dan hak asasi manusia akan dibentuk untuk mengkaji Perlembagaan dan kemudian memperkenalkan pindaan.
Kerajaan baharu Syria ucap terima kasih kepada negara yang membuka semula misi diplomatik
Lapan negara yang sudah membuka misi diplomatik mereka di Syria ialah Mesir, Iraq, Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu, Jordan, Bahrain, Oman dan Itali.
Sarawak sasar 609,000 pelancong Indonesia pada 2025
STB menyasarkan 580,000 pelancong Indonesia tahun ini, dengan Sarawak menerima 540,000 pelancong setakat Oktober lalu.
Yuran masuk ke Istana Himeji Jepun meningkat lebih dua kali ganda untuk bukan pemastautin
Kerajaan tempatan Himeji di Wilayah Hyogo, akan mengemukakan rang undang-undang pada Mac untuk menaikkan harga tiket dewasa.
ERL, Tourism Malaysia meterai MOC, promosi VM2026 dan lancarkan perjalanan pelancong
ERL dan Tourism Malaysia akan bekerjasama untuk mempromosikan KL TravelPass, satu tiket bagi semua pengangkutan dan tawaran lain melalui pelbagai saluran digital.
Sabah catat lebih 2.4 juta pelancong sembilan bulan pertama tahun ini
Sabah mencatatkan 2.41 juta ketibaan pelancong dari dalam dan luar negara bagi tempoh sembilan bulan pertama tahun ini dengan pelancong teramai dari China iaitu 39 peratus daripada jumlah berkenaan.
MIDF Amanah unjur pertumbuhan KDNK suku ketiga Malaysia pada 5.3 peratus
KDNK Malaysia bagi suku ketiga 2024 dijangka berkembang pada 5.3 peratus tahun ke tahun dipacu oleh pertumbuhan berterusan penggunaan domestik.
Thailand terima 29 juta pelancong, jangka lebih ramai ketika musim puncak bermula
Thailand telah menerima ketibaan lebih 29.08 juta pelancong asing, menjana pendapatan kira-kira 1.358 trilion baht dari 1 Januari hingga 3 November tahun ini.
Malaysia Midnight Sale 2024 dilancar, tarik pelancong bermalam
Tourism Malaysia lancar Malaysia Midnight Sale 2024 di Johor Bahru bagi menarik lebih ramai pelancong domestik dan antarabangsa berbelanja dan bermalam di Johor.
Pelancong Jepun terlibat nahas bas di Taiping meninggal dunia
Polis berkata wanita berusia 73 tahun itu meninggal dunia pada 9 malam semalam ketika dirawat di Hospital Kuala Kangsar.
Tujuh warga Vietnam mangsa eksploitasi seks diselamatkan
JIM menyelamatkan tujuh wanita warga Vietnam yang disyaki menjadi mangsa eksploitasi seks dalam operasi di sebuah rumah kedai dua tingkat di Klang, dekat sini pada Isnin lepas.
Kemboja catat 4.8 juta pelancong antarabangsa dalam 9 bulan pertama 2024
Jumlah itu mencapai 99.7 peratus daripada angka pada sembilan bulan pertama 2019, sebelum era pandemik COVID-19.