awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
Mogok seluruh negara lumpuhkan pengangkutan awam di Jerman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir: Ahli Parlimen Rantau Panjang mohon maaf

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
01/03/2022
23:30 MYT
Banjir: Ahli Parlimen Rantau Panjang mohon maaf
Siti Zailah mengakui berlaku kekalutan sehingga ramai mangsa terpaksa berlindung di kawasan bukan PPS termasuk atas bukit dan pasar disebabkan laluan terputus selain PPS terlalu padat. - Gambar fail
RANTAU PANJANG: Ahli Parlimen Rantau Panjang, Datuk Siti Zailah Mohd Yusof secara terbuka memohon maaf kepada rakyat kawasan itu yang terkesan dan gagal diberikan bantuan awal sewaktu banjir luar jangka yang berlaku beberapa hari lalu.
Beliau yang juga Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mengakui berlaku kekalutan sehingga ramai mangsa banjir terpaksa berlindung di kawasan bukan pusat pemindahan sementara (PPS) termasuk atas bukit dan pasar disebabkan laluan terputus selain PPS terlalu padat.
Pada masa sama, katanya banyak laluan tidak boleh dimasuki kenderaan pacuan empat roda menyebabkan bekalan makanan lewat sampai sehingga ada mangsa banjir kelaparan.
"Pertama kali bagi pihak saya sebagai Ahli Parlimen memohon maaf kerana (banjir berlaku) luar jangka, saya memahami kerana air naik mendadak.
"PPS dibuka jam 2 pagi, lewat malam kita tidak ada maklumat awal, (selain itu ada masalah) lambat sarapan.
"PPS pula cuba nak hantar makanan (tapi) jalan terputus tak boleh dilalui pacuan empat roda, (kecuali) lori empat tan saja.
"Persiapan tak sempat menyebabkan kelewatan (bantuan). Kebiasaan banjir di satu tempat (tapi) apabila berlaku sangat mendadak, luar biasa sampai 2,000 (mangsa) apa nak jadi (masalah berlaku)," katanya.
Mengulas lanjut, Siti Zailah memaklumkan banjir di Rantau Panjang kali ini luar jangka dan teruk sehingga mengatasi banjir buruk pada 2014.
"Banyak laluan terputus, depoh makanan tenggelam, penyedia makanan tidak dapat menghantar makanan, mangsa banjir terpaksa bersesak di PPS, ada yang tidur di atas bukit dan sebagainya," katanya.
Katanya, pihaknya bersama agensi kerajaan yang lain berusaha membantu untuk membawa keluar dan menghantar makanan kepada mangsa banjir namun ia terhalang.
Bagaimanapun katanya sejak Isnin, pelbagai bantuan mulai tiba dan mangsa banjir yang terperangkap berjaya dibawa keluar.
"Situasi banjir pada malam ini (tadi) semakin pulih dengan kebanyakan laluan masuk ke Rantau Panjang sudah boleh dilalui," katanya lagi.
Topic Berkaitan
#banjir kelantan
#Siti Zailah Mohd Yusof
#Ahli Parlimen Rantau Panjang mohon maaf
#bantuan lewat tiba
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan