awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir Baling: Jambatan Bailey mula dibina

Astro Awani
Astro Awani
07/07/2022
11:29 MYT
Banjir Baling: Jambatan Bailey mula dibina
Jambatan mudah alih itu dibina oleh petugas Jabatan Kerja Raya Malaysia dan dibantu oleh anggota-anggota Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) - Foto Facebook/Hishammuddin Tun Hussein
KUALA LUMPUR: Kerja-kerja pembinaan jambatan Bailey yang menghubungkan Kampung Iboi dan Kampung Masjid Iboi, Baling di Kedah telah dimulakan bagi menggantikan jambatan yang roboh akibat banjir kilat dan tragedi kepala air, Isnin lepas.
Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata pembinaan jambatan mudah alih itu dilakukan oleh petugas Jabatan Kerja Raya Malaysia dan dibantu oleh anggota-anggota Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD).
"Jambatan ini cukup penting sebagai laluan perhubungan sementara terutama bagi memudahkan penduduk Kampung Iboi dan Kampung Masjid Iboi menjalankan urusan seharian.
"Terima kasih JKR dan semua pihak yang tampil membantu," katanya dalam hantaran di laman Facebook, hari ini.
BACA: Banjir Baling: Projek ladang durian di Gunung Inas, 'mungkin' tidak laksana EIA - MB Kedah
Semalam, Hishammuddin memaklumkan telah mengarahkan RAJD untuk melakukan tinjauan bagi kerja-kerja pembinaan jambatan berkenaan secepat mungkin.
Dalam kejadian sekitar pukul 4 petang Isnin lepas, banjir dan fenomena kepala air mengakibatkan tiga nyawa terkorban dan lebih 1,400 penduduk dipindahkan ke tiga pusat pemindahan, selain 15 rumah musnah dihanyutkan arus deras.
Media sebelum ini melaporkan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor tidak menolak kemungkinan beberapa kolam takungan air paip masyarakat (tandak takungan) yang didapati pecah, dipercayai menyumbang kepada pembentukan kepala air.
Topic Berkaitan
#Banjir kilat Baling Kedah
#Punca banjir Baling
#Kematian banjir Baling
#berita hari ini
#jambatan bailey
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan