awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
Bekas presiden Chile Bachelet bertanding jawatan Setiausaha Agung PBB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir Baling: Jumlah mangsa dipindahkan di PPS bertambah

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
29/07/2022
01:10 MYT
Banjir Baling: Jumlah mangsa dipindahkan di PPS bertambah
Sebahagian mangsa yang dipindahkan ke PPS Dewan Terbuka Kampung Pandang Empang berikutan banjir kilat yang melanda Baling. - Astro AWANI
BALING: Bilangan mangsa banjir di Kupang, Baling meningkat selepas 58 orang mangsa dari 19 keluarga dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Terbuka Kampung Padang Empang, sehingga jam 8 pagi tadi.
Timbalan Pegawai Pertahanan Awam Daerah Baling, Lefternan (PA) Dzulhaidy Mohd Khalil berkata, kesemua mangsa dari Kampung Padang Empang, Kupang dipindahkan selepas air lebih satu meter memasuki rumah mereka.
“Kita terpaksa memindahkan mangsa kerana bimbang keselamatan mereka berikutan paras air Sungai Iboi makin meningkat dan ini membahayakan penduduk yang tinggal berhampiran sungai itu.
“Seramai 22 pegawai dan anggota diatur gerak untuk melakukan pemantauan di kawasan terjejas,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Dzulhaidy berkata, arahan daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menutup sementara Jambatan Bailey berikutan laluan itu masih tidak selamat digunakan penduduk.
Bagaimanapun katanya, sekiranya tiada hujan dan paras air surut jambatan terbabit akan dibuka semula.
Hujan lebat lebih satu jam pada petang Khamis mengakibatkan kejadian kepala air dan banjir lumpur sekali lagi berlaku di Kampung Iboi.
BACA: Mangsa banjir di Kampung Iboi dipindahkan ke tempat selamat
Dalam kejadian yang sama 4 Julai lalu 3 mangsa dari satu keluarga maut selepas rumah mereka dibawa arus.
Topic Berkaitan
#banjir baling
#mangsa
#banjir
#PPS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan