awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir Baling: Kedah perlu beri perhatian isu kolam takungan di puncak Gunung Inas - PM

Abd Hadi Che Awang
Abd Hadi Che Awang
01/09/2022
09:28 MYT
Banjir Baling: Kedah perlu beri perhatian isu kolam takungan di puncak Gunung Inas - PM
Antara rumah yang terjejas teruk akibat bencana banjir di Baling Julai lalu. - Gambar fail/ Astro AWANI
BALING: Kerajaan negeri Kedah disarankan untuk memberikan perhatian khusus selain mengambil langkah sewajarnya bagi menangani kerisauan penduduk di kawasan Kampung Iboi melibatkan kewujudan tiga kolam takungan yang berada di puncak Gunung Inas, di sini.
Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, sebarang keputusan melibatkan isu berkenaan adalah berada di bawah bidang kuasa kerajaan negeri pimpinan Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.
"Saya akan minta kerajaan negeri untuk ambil tindakan yang sewajarnya, macam mana Kerajaan Kedah mahu laksanakan, (itu) terserah kepada kerajaan negeri (memandangkan ia di bawah bidang kuasa mereka).
"Isu (melibatkan) kolam itu perlu diselesaikan (dalam waktu terdekat), kalau tidak (apabila) kita bina rumah (untuk penduduk Kampung Iboi yang berada di sepanjang sungai), (dan selepas) siap rumah, kalau kolam itu pecah, (saya) bimbang berlaku banjir yang lebih teruk dari yang pernah berlaku,
"(Jadi) demi keselamatan penduduk, saya akan bincang segera dengan YAB MB supaya ambil tindakan segera," katanya.
Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas menghadiri Majlis Doa Selamat sempena Sambutan 65 Tahun Kemerdekaan serta Bencana Banjir Daerah Baling di Dataran Keluarga Malaysia, Kampung Teluk Durian di sini, pada Khamis.
Sebelum ini, Muhammad Sanusi menegaskan tiga kolam takungan air di puncak Gunung Inas, tidak boleh dirobohkan sesuka hati kerana ia mempunyai pemilik yang sah.
Beliau berkata, tindakan meroboh kolam itu juga tidak perlu kerana berdasarkan laporan Pasukan Khas Siasatan Bencana Tragedi Baling, ia dilihat tidak mendatangkan bahaya kepada penduduk di kawasan berkenaan.
Topic Berkaitan
#banjir baling
#kolam takungan
#puncak gunung inas
#Perdana Menteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan