awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir Baling: Laporan penuh dibentang di Parlimen 4 Ogos - Takiyuddin

Bernama
Bernama
30/07/2022
05:32 MYT
Banjir Baling: Laporan penuh dibentang di Parlimen 4 Ogos - Takiyuddin
Menurut Takiyuddin, kajian berkenaan bagi mencari punca sebenar bencana yang berlaku selain cadangan untuk mengatasi masalah berkenaan. - Gambar fail
KOTA BHARU: Kerajaan akan membentangkan laporan penuh berkaitan kejadian banjir di Baling, Kedah baru-baru ini di Parlimen pada 4 Ogos ini, kata Menteri Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) Datuk Seri Takiyuddin Hassan.
Beliau berkata ketika ini laporan tersebut di peringkat akhir kerana setiap laporan akan dikumpulkan terlebih dahulu memandangkan KeTSA mengetuai agensi-agensi berkaitan menjalankan siasatan berhubung kejadian banjir di Baling, Kedah baru-baru ini.
"Kajian berkenaan bagi mencari punca sebenar bencana yang berlaku selain cadangan untuk mengatasi masalah berkenaan," katanya kepada pemberita selepas hadir Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kota Bharu kali ke-55, di sini hari ini.
Sementara itu ketika ditanya desakan penduduk dan badan bukan kerajaan (NGO) yang mahu projek musang king dihentikan, Takiyuddin yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu berkata ia bergantung kepada kerajaan negeri.
"Apa sahaja urusan dengan penguasa musang king adalah urusan kerajaan negeri, bukannya kerajaan pusat kerana saya difahamkan, kerajaan negeri Kedah mahu teruskan bagi kawasan yang sudah ditanam dan kawasan yang belum pula akan ditanam dengan pokok lain," katanya.
Banjir di Baling pada 4 Julai lepas menjejaskan 41 kawasan dan mengorbankan tiga nyawa termasuk seorang wanita hamil berusia 23 tahun.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir baling
#ketsa
#Takiyuddin Hassan
#laporan penuh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan