BALING: Sumber air yang terkumpul banyak di Gunung Inas, dekat sini yang mengalir turun dengan laju di sudut cerun yang curam dipercayai menyebabkan berlakunya kejadian banjir dan fenomena kepala air di sini, Isnin lepas.
Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata kesimpulan itu berdasarkan tinjauan udara yang dilakukan bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) semalam di kawasan gunung itu yang turut mendapati tiada pecahan takungan air seperti yang didakwa.
"Saya berpeluang menaiki helikopter PDRM untuk meninjau kawasan bencana dan dapat melihat secara menyeluruh laluan aliran air yang berpunca dari Gunung Inas sehingga kawasan bencana dan Pekan Kupang.
"Pemerhatian mata kasar dari udara, saya dapati air terkumpul begitu banyak dalam satu masa dan terdapat berpuluh-puluh lorong yang terbentuk di Gunung Inas yang mengalir ke bawah di sudut cerun yang sangat curam dan menyebabkan air bergerak begitu laju di Lata Celak ini dalam tempoh serentak," katanya dalam kenyataan hari ini.
Muhammad Sanusi berkata pada tinjauan itu, beliau mendapati takungan yang dibina di kawasan tanaman Musang King masih ada, dan takungan tempat pengumpulan air untuk dipam masuk ke kolam berkenaan juga tidak pecah.
Muhammad Sanusi berkata pokok-pokok besar di sepanjang aliran air di gunung itu juga masih ada dan tidak ditebang sewaktu ladang hutan tanaman durian Musang King dibangunkan.
Justeru beliau berkata kesimpulan pada masa ini sebelum mendapat laporan daripada jabatan teknikal seperti Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) ialah aliran air bergerak begitu laju di cerun yang curam daripada sumber air yang terlalu banyak dan bercantum menjadi satu di aliran Lata Celak yang mengalir ke Sungai Kupang.
Dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang Isnin lepas, banjir dan fenomena kepala air di Baling mengakibatkan tiga nyawa terkorban dan lebih 1,400 penduduk dipindahkan ke tiga pusat pemindahan selain 15 rumah musnah dihanyutkan arus deras.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 07 2022
Tinjauan udara pada Selasa menunjukkan keadaan Kampung Iboi dan Kampung Masjid Iboi di Baling yang dilanda banjir pada petang sebelumnya. - Gambar fail/BERNAMA
Skuad B-23 kurang cergas - O' Donell
Aspek kecergasan perlawanan menjadi penyebab utama pemain skuad Bawah 23 Tahun negara gagal memberikan saingan terbaik pada kempen Piala Asia B-23.
Cadangan tubuh Jabatan Perikanan Sarawak dibentang November
Kertas cadangan penubuhan Jabatan Perikanan Sarawak dijangka dibentangkan dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak selewat-lewatnya November ini.
Teliti isu limpahan pengusaha pelancongan asing - pembangkang
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menggesa Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah untuk menangani isu limpahan pengusaha pelancong Korea atau China yang dilihat semakin mendominasi industri pelancongan tempatan.
Tiada rancangan tubuh tribunal tanah
Kerajaan negeri tidak mempunyai rancangan untuk menubuhkan tribunal tanah memandangkan peruntukan yang ditetapkan dalam Ordinan Tanah Sabah memadai untuk mengendalikan isu pertikaian tanah di negeri ini.
Pembangkang tidak dipinggir, peruntukan tetap diberikan
Wakil rakyat pembangkang tidak dipinggir, peruntukan tetap diberi
Kerajaan negeri akan memperhalusi keperluan supaya peruntukan projek pembangunan dari Persekutuan di setiap daerah dimaklumkan kepada semua wakil rakyat termasuk pihak pembangkang.
Kerajaan negeri akan memperhalusi keperluan supaya peruntukan projek pembangunan dari Persekutuan di setiap daerah dimaklumkan kepada semua wakil rakyat termasuk pihak pembangkang.
Enam rumah separuh kekal di Kampung Unta musnah
Sekurang-kurangnya enam buah rumah jenis separuh kekal di Kampung Unta, Lahad Datu musnah dalam kebakaran pada awal pagi Rabu.
Hampir 5 juta rakyat Malaysia berisiko hidap pradiabetes, diabetes - Lukanisman
Diabetes tidak menunjukkan simptom dan kebanyakan individu tidak sedar menghidapinya selain berkemungkinan tidak menjalani pemeriksaan awal.
Harga petrol, diesel kekal bagi tempoh 25 April hingga 1 Mei
Harga itu ditetapkan berdasarkan harga runcit mingguan produk petroleum menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik.
Jasad mendiang Joanna dikebumikan di Serian esok
Jasad mendiang Laskar Kanan Joanna Felicia Rohna akan diberikan penghormatan terakhir mengikut tradisi tentera laut di lokasi yang dipersetujui waris di Serian.
Pegawai polis lakukan amang seksual ditahan
Polis Johor menahan seorang pegawai polis berpangkat Inspektor kerana disyaki melakukan amang seksual fizikal ke atas remaja perempuan berusia 16 tahun, di kawasan Taman Johor Jaya, Isnin lalu.
Banjir Baling: Balak hanyut ke depan rumah
Banjir kilat yang melanda Kampung Iboi pada Rabu diibaratkan sama seperti kejadian kepala air yang melanda kampung berkenaan pada 4 Julai tahun lalu.
Baling sekali lagi dilanda banjir kilat, 50 rumah terjejas
Hujan lebat lebih dua jam menyebabkan kira-kira 50 rumah terletak berhampiran sungai di tujuh kampung di mukim Kupang, Baling dilanda banjir kilat, hari ini.
Banjir Baling: Hujan lebat lebih dua jam akibatkan Sungai Sedim melimpah
Hujan lebat berterusan sejak petang mengakibatkan beberapa kawasan di daerah Baling sekali lagi dilanda banjir kilat pada Rabu malam.
Banjir Baling: 151 mangsa dipindahkan ke PPS
Kesemua mangsa terpaksa dipindahkan berikutan hujan berterusan sejak Sabtu.
Banjir Baling: Bimbang hujan lebat sekali lagi, mangsa di PPS tidak dibenar pulang
Sebahagian besar mangsa banjir kilat di daerah ini yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) tidak dibenarkan pulang walaupun cuaca cerah hari ini.
Banjir Baling: Kepala air sekali lagi landa Kampung Iboi, 2 PPS dibuka
Kejadian kepala air sekali lagi melanda Kampung Iboi sehingga air melimpah ke atas jambatan Bailey, petang Selasa.
Banjir Baling: Kerajaan akan semak semula keputusan pembinaan empangan sabo - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan membuat semakan semula dengan Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) berhubung pembinaan dua empangan sabo di kaki Gunung Inas, Baling.
Banjir Baling: Kedah perlu beri perhatian isu kolam takungan di puncak Gunung Inas - PM
Banjir Baling| Kerajaan Kedah perlu beri perhatian berhubung isu kolam takungan- PM
Banjir Baling: Perdana Menteri umum peruntukan tambahan RM17.8 juta
Perdana Menteri berkata peruntukan itu turut melibatkan RM10 juta bagi pembinaan jambatan konkrit baharu menggantikan jambatan sementara jenis Bailey.
Banjir Baling: Laporan penuh dibentang di Parlimen 4 Ogos - Takiyuddin
Kajian berkenaan bagi mencari punca sebenar bencana yang berlaku selain cadangan untuk mengatasi masalah berkenaan.