BALING: Tidak perlu datang ke kawasan bencana semata-mata untuk membuat konten untuk dimuat naik di laman media sosial, tetapi tidak membantu mangsa yang sedang dalam kesusahan.
Ketua Polis Daerah Baling, Superintenden Shamsudin Mamat berkata, mereka tidak tahu tetapi polis ada peruntukan undang-undang yang boleh dikenakan terhadap individu atau kumpulan yang melakukan tindakan tidak bermoral terbabit.
"Kepada mereka-mereka yang mempunyai kepentingan diri tanpa berasa belas ihsan kepada mangsa-mangsa banjir yang sedang dilanda kesusahan, cukup-cukup lah tuan-tuan menyusahkan pihak berkuasa dengan berlegar-legar di kawasan-kawasan yang dilanda musibah ini tanpa sebarang tujuan semata-mata untuk mempopularkan diri dengan mengatakan tuan-tuan telah berada di tempat musibah dan membantu mangsa-mangsa banjir sedangkan tuan-tuan tidak berbuat apa-apa.
"Jadi ingin saya tegaskan kita akan menghalang sama sekali pihak-pihak yang mengambil kesempatan seperti ini dan kita akan mengambil tindakan tegas sekiranya mereka mengingkari arahan polis. Kita boleh mengambil tindakan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan iaitu menghalang penjawat awam dari menjalankan tugas," ujarnya.
Beliau berkata demikian pada sidang media di Pusat Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) Kampung Iboi, Kupang, hari ini.
Shamsudin mendakwa, pihaknya ada menerima rungutan daripada mangsa dan pasukan bertugas bahawa terdapat individu yang datang dan merakam serta mengambil gambar untuk disebarkan di media sosial bagi meraih popolariti.
Malah, katanya ada di antara mereka yang melakukan perbuatan menyebarkan berita palsu daripada gambar diambil tanpa mengetahui kesahihannya.
Sementara itu, beliau memaklumkan, setakat petang tadi Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Baling menerima lebih 30 permohonan daripada badan bukan kerajaan (NGO), perseorangan dan agensi swasta untuk membantu dalam kerja pembersihan rumah penduduk selain membantu menyalurkan sumbangan kepada penduduk yang terjejas dalam kepala air di 12 kampung yang terjejas.
Pihaknya akan memberi kebenaran kepada mereka yang mempunyai surat untuk memasuki kawasan bencana.
Astro Awani
Wed Jul 06 2022
Ketua Polis Daerah Baling, Superintenden Shamsudin Mamat berkata, mereka tidak tahu tetapi polis ada peruntukan undang-undang yang boleh dikenakan terhadap individu atau kumpulan yang melakukan tindakan tidak bermoral terbabit. - Astro AWANI
PM tiba di Republik Kyrgyz untuk lawatan rasmi dua hari
Perdana Menteri mendarat di Lapangan Terbang Manas di sini pada 10.20 malam waktu tempatan (12.20 tengah malam waktu Malaysia).
Asrama pelajar UniMAP terbakar dapat perhatian Perdana Menteri
Pengetua kompleks berkenaan Mohd Syamril Aklmar Chek Kassim berkata pihaknya amat berbesar hati atas keprihatinan Anwar.
RM30.3 juta laksana projek tangani banjir di Johor
Johor menerima peruntukan RM30.3 juta bagi melaksanakan pelbagai projek menangani bencana khususnya banjir akibat kesan perubahan iklim global.
Malaysia yakin Palestin telah buktikan kelayakannya untuk keanggotaan penuh PBB
Malaysia menggesa negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menyokong keanggotaan penuh Palestin menyertai badan dunia itu.
Terbuka Thai: Soon Huat-Lai Jemie terkandas pusingan pertama
Soon Huat-Lai Jemie tewas kepada Ruttanapak-Jhenicha 21-19, 17-21 dan 13-21 dalam masa 56 minit.
Orkid Malaysia bakal dipamerkan di KazanForum 2024
Orkid Malaysia akan dipamerkan semasa edisi ke-15 KazanForum 2024 yang bermula di Tatarstan pada Selasa dan akan diteruskan sehingga Ahad (19 Mei).
China dakwa Biden naikkan tarif sebagai kempen pilihan raya
Kementerian Perdagangan Beijing berkata AS sepatutnya segera membetulkan amalan salahnya dan membatalkan tarif tambahan yang dikenakan.
Pelaksanaan RDICE: Lebih RM9 trilion kepada KDNK menjelang 2030
RDICE mengandungi tiga teras, enam strategi dan 20 pelan tindakan akan memberikan manfaat kepada rangkaian hab inovasi global.
KKR syor kaji kaedah bagi pendekkan tempoh projek pembinaan ambil masa lama
Ia termasuk mempraktikkan amalan yang dilaksanakan negara luar yang dilihat mampu menyiapkan projek pembinaan dalam tempoh singkat.
Sarawak perlukan 17,500 hektar kawasan baharu sawah padi
Kementerian telah mengenal pasti kawasan baharu iaitu di Sri Aman, Kapit, Mukah dan Limbang bagi tujuan berkenaan.
Runtuhan cerun di Taman Bukit Berlian diisytihar kawasan bencana
Runtuhan cerun tersebut berpunca daripada aliran air luar biasa menyebabkan tanah menjadi lembut, seterusnya berlaku pergerakan.
Banjir Baling: Tak perlu ke kawasan bencana semata-mata untuk konten media sosial - Polis
Tidak perlu datang ke kawasan bencana semata-mata untuk membuat konten untuk dimuat naik di laman media sosial, tetapi tidak membantu mangsa yang sedang dalam kesusahan.
Tumpahan minyak merebak ke pantai timur Thailand, diisytihar kawasan bencana
Gabenor Rayong Channa Iamsaeng berkata, pelawat dilarang memasuki kawasan itu untuk membolehkan operasi pembersihan.
Lokasi tanah runtuh di Kemensah Heights diisytihar kawasan bencana
Tanah Runtuh Kemensah Heights: MPAJ pasang kanvas halang runtuhan susulan